Sabtu, 27 April 2024 / 18 Syawal 1445H
Laman Web Rasmi

Jabatan Laut Malaysia

Soalan Lazim

Bahagian Keselamatan Pelayaran & Komunikasi Maritim (NAVCOM)

Bahagian Keselamatan Pelayaran & Komunikasi Maritim (NAVCOM)

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Penilaian Risiko Marin(MRA)?

    Kajian penilaian risiko merupakan suatu proses yang kompleks bagi mengenalpasti punca sesuatu risiko serta mengetahui kekerapan, kesan dan akibat sesuatu risiko itu. Pengenalpastian ini penting bagi menghurai strategi pengurusan risiko dalam meningkatkan keselamatan di laut dengan langkah pencegahan serta kawalan yang sewajarnya.

    Bagi tujuan MRA ini, IMO telah membangunkan IMO Formal Safety Assessment (FSA) yang mengandungi metodologi yang sistematik dan berstruktur untuk meningkatkan keselamatan di laut berdasarkan analisis dan pengurusan risiko yang cekap. IMO-FSA ini merupakan maklumbalas IMO berkenaan keperluan pendekatan moden dalam mewujudkan peraturan meningkatkan keselamatan di laut.
     
  2. Adakah Kajian Penilaian Risiko Marin(MRA) perlu dilaksanakan di Malaysia?

    Ya, berdasarkan Seksyen 491B, Ordinan Perkapalan Saudagar dan rujukan kepada Notis Perkapalan Malaysia (NPM) 02/2019.
     
  3. Siapakah yang boleh menjalankan Kajian Penilaian Risiko Marin(MRA)?

    Kajian Penilaian Risiko (MRA) hendaklah dilaksanakan oleh syarikat konsultan diiktiraf yang didaftarkan di Jabatan Laut Malaysia di bawah Skim Pendaftraran Konsultan MRA. Maklumat berkaitan pendaftaran dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman Jabatan Laut Malaysia (Laman Web JLM – Klik Perkhidmatan – Klik Borang – Klik Pelayaran). Borang permohonan tersebut boleh dihantar melalui emel ke navcom@marine.gov.my.
    Senarai perlantikan Konsultan Analisa dan Penilaian Risiko Marin (MRA) yang diiktiraf Jabatan Laut Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Laut Malaysia (Laman Web JLM – Klik Laman Utama – Klik Awam – Klik Pelayaran).
     
  4. Apakah proses dan prosedur dalam menjalankan Kajian Penilaian Risiko Marin (MRA)?

    Jabatan Laut Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan berkaitan prosedur dan keperluan dalam menjalankan Kajian Penilaian Risiko (MRA) di Malaysia. Maklumat berkaitan prosedur dan keperluan MRA ini boleh dimuat turun di laman Jabatan Laut Malaysia (Laman Web JLM – Klik Laman Utama – Klik Awam – Klik Pelayaran).
     
  5. Bagaimanakah hendak membuat permohonan lesen perlombongan pasir?

    Permohonan lesen melombong pasir hendaklah dibuat di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian sekiranya untuk pasir persekutuan dan Jabatan Tanah Galian Negeri untuk pasir negeri.
     
  6. Apakah kriteria kawasan permohonan perlombongan pasir di bawah Jabatan Laut Malaysia

    Setiap permohonan lokasi melombong pasir hendaklah mematuhi buffer zone yang telah ditetapkan iaitu setiap lokasi yang dimohon tidak berhampiran dengan alat bantuan pelayaran, wrek dan batas pelabuhan, Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya tidak kurang dari 3 batu nautika dari buffer zone.

Langganan E-mel Laman Web Jabatan Laut Malaysia

Subscription Form

Sekiranya anda ingin berhenti melanggan , klik link berhenti langganan pada emel yang dihantar.

Warga JLM
Warga Awam
Langgan
Skip to content