Utama » Mengenai Kami » Bahagian » Bahagian Pendaftaran Kapal
Memastikan pengurusan operasi pendaftaran dapat dikendalikan secara cekap dan berkesan mengikut peruntukan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan peraturan yang berkuatkuasa.
Menyelaras dan memantau aktiviti pendaftaran kapal di peringkat Ibu Pejabat Laut dan Pejabat Pendaftar Kapal:
Pendaftaran Kapal Malaysia
Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi
Pendaftaran Kapal Boleh Tamat
Mengawal selia urusan pelesenan bot.
Menjalankan pemeriksaan terhadap pengesahan pendaftaran kapal di Malaysia.
Mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal.
Menyediakan perangkaan yang berkaitan dengan pendaftaran kapal untuk kegunaan industri maritim di Malaysia.
Menyelaras, memantau dan meluluskan permohonan dan kelulusan nama kapal serta mendaftarkan kapal berdasarkan penelitian dokumen, pelan dan sistem pendaftaran kapal.
Menganalisis kertas cadangan berkaitan pembangunan dasar perkapalan.
Menyelaras dan memantau Pemeriksaaan Nota Ukiran & Penandaan Kapal di dalam dan Luar Negara bagi tujuan pendaftaran kapal kekal (Permanent Ship Registry) dibawah sistem pendaftaran kapal.
Menyelaras dan memudahcara aktiviti pengesahan status dan keaslian (genuinnity) dengan Negara pengeluar sijil pembatalan pendaftaran kapal (deletion certificate) untuk tujuan mendaftarkan kapal di Malaysia.
Menyelaras, memantau dan memudahcara urusan gadaian kapal dan semakan status gadaian/muflis dengan pihak-pihak yang memberi gadaian kepada pemilik-pemilik kapal, pihak yang berkepentingan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Mahkamah Admiralty.
Menyelaras dan memantau pemeriksaan bot/kapal bagi tujuan pendaftaran kapal dan pelesenan bot.
Menyelaras, memudahcara dan membantu mana-mana agensi penguatkuasaan/organisasi berkepentingan dalam mendapatkan maklumat berkaitan pelesenan bot dan pendaftaran kapal.
Menyelaras, memudahcara dan membantu pihak yang berkepentingan dengan membekalkan maklumat berkaitan pelesenan bot dan pendaftaran kapal bagi tujuan pengeluaran transkrip kapal.
Paparan terbaik menggunakan browser moden 2019 ke atas.
Hakcipta Terpelihara 2024 © Jabatan Laut Malaysia (JLM)
Sekiranya anda ingin berhenti melanggan , klik link berhenti langganan pada emel yang dihantar.