Utama » Mengenai Kami » Dasar Kualiti
Jabatan Laut Malaysia bertekad menyediakan perkhidmatan pengangkutan maritim yang berkualiti dengan memenuhi keperluan peraturan dan perundangan untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.
Dalam pelaksanaan dasar kualiti, JLM menekankan terhadap memenuhi semua keperluan-keperluan pihak berkepentingan serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam keberkesanan sistem pengurusan kualiti Jabatan Laut Malaysia. JLM menetapkan objektif-objetif kualiti yang bersesuaian dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Objektif-objektif tersebut ditetapkan dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan
Mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya 6 kali setahun bagi setiap gred.
Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.
Meluluskan perakuan kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Mengeluarkan perakuan pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Pendaftaran Kapal
Memastikan kerja-kerja ukur hidrografi dijalankan 100% menepati perancangan yang ditetapkan mengikut jadual survei tahunan dalam tempoh setahun.
Memastikan kesiapsiagaan fleet Jabatan sentiasa berada pada tahap ketersediaan 75%.
Memastikan keberkesanan alat bantuan pelayaran iaitu “availability/reliability” mencapai tahap mengikut panduan International Association of Lighthouse Authorities (IALA) seperti yang dinyatakan di bawah ini:
Kategori 1 – Rumah api. Ketersediaan sekurang-kurangnya 99%.
Kategori 2 – Tandarah suar. Ketersediaan sekurang-kurangnya 98%.
Kategori 3 – Pelampung pandu berlampu. Ketersediaan sekurang-kurangnya 97%.
Pengurusan bayaran dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja..
Mencapai 85% tahap kepuasan pelanggan.
Melaksanakan tindakan ke atas aduan dalam tempoh 14 hari bekerja.
Penilaian prestasi penyedia luar mencapai tahap tiga (3) (memuaskan) dan ke atas.
Setiap stok hendaklah direkodkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.
Pendaftaran/penyelenggaraan kata laluan dilaksanakan dalam tempoh masa dua (2) hari selepas permohonan lengkap diterima.
Paparan terbaik menggunakan browser moden 2019 ke atas.
Hakcipta Terpelihara 2024 © Jabatan Laut Malaysia (JLM)
Sekiranya anda ingin berhenti melanggan , klik link berhenti langganan pada emel yang dihantar.