Jumaat, 14 Jun 2024 / 7 Zulhijah 1445H
Laman Web Rasmi

Jabatan Laut Malaysia

Bahagian Operasi Maritim (BOM)

Pengenalan

Objektif

Memastikan aktiviti pengerukan, survey hidrografi, pengurusan wrek, perkhidmatan pelabuhan dan pengurusan fleet Jabatan Laut Malaysia dapat berfungsi seperti mana yang digariskan didalam peraturan nasional dan antarabangsa.

Fungsi

  • Merancang, Mengurus dan Menyelia aktiviti Pengerukan, Hidrografi, & Pengurusan Wrek.

  • Merancang, Menganalisa dan membantu pengurusan Perkhidmatan Pelabuhan.

  • Sebagai One Stop Centre untuk merekod, menyelaras dan membantu Pengurusan Fleet kapal/bot wilayah.

Aktiviti

  • Menyelia aktiviti salvej dan pengurusan peranan Receiver of Wreck.

  • Mengurus, merancang, menyelia dan melaksanakan aktiviti berkaitan hidrografi, Pengerukan Laut dan pelombongan pasir serta Sea-Mining.

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pemeriksaan Port State Control dan Flag State Control.

  • Menyelaras dan memantau aktiviti/operasi barter trade di pelabuhan Malaysia.

  • Menyelia dan memantau pelaksanaan sistem ketibaan dan pelepasan kapal secara atas talian (online ship clearance system).

  • Pengurusan permohonan kemasukan kapal Democratic People’s Republic of Korea (DPRK) dan kebenaran kapal tentera asing/Pengawal pantai asing ke kemudahan Pelabuhan di Malaysia.

  • Memperaku kelulusan prosedur persampelan, ujian dan kawalan kandungan lembapan kargo pukal pejal yang boleh cair bagi kepatuhan terhadap International Maritime Solid Bulk Cargo Code (IMSBC Code).

  • Menyelaras dan mengurus isu-isu perundangan serta penawaran kompaun untuk kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

  • Menyelaras, menganalisis, melaksana, membantu dan menguruskan siasatan sekuriti kapal-kapal pendaftaran Malaysia di luar Negara dan terhadap lembaga pelabuhan, operator pelabuhan, pelantar minyak atau unit penyimpanan terapung (floating storage unit).

  • Menyelaras, menganalisis, melaksana, membantu dan menguruskan siasatan kemalangan yang berkaitan hal ehwal keselamatan kapal di dalam Malaysia dan mana-mana kapal pendaftaran Malaysia di luar Negara.

Image hover effect image

Rumah Api

Rumah Api Kuala Selangor

Langganan E-mel Laman Web Jabatan Laut Malaysia

Subscription Form

Sekiranya anda ingin berhenti melanggan , klik link berhenti langganan pada emel yang dihantar.

Warga JLM
Warga Awam
Langgan
Skip to content