Selasa, 15 Oktober 2024 / 12 Rabiulakhir 1446H
Laman Web Rasmi

Jabatan Laut Malaysia

Bahagian Pelabuhan, Logistik & Perdagangan (BPLP)

Pengenalan

Objektif

Memacu pertumbuhan maritim kebangsaan dalam bidang pelabuhan, logistik dan perdagangan melalui pemerkasaan sistem pengangkutan maritim yang selamat dan sistematik.

Fungsi

  • Merangka, menggubal dan menambahbaik undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu dan sedia ada berkaitan dengan pelabuhan, logistik dan perdagangan.

  • Merancang, menyelaras, dan mengawal selia pembangunan, pengurusan, dan pelaksanaan serta kerjasama dan kesinambungan hubungan dua hala aktiviti maritim berkaitan pelabuhan, logistik, dan perdagangan.

  • Urusetia, Jawantankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Tetap (One Stop Centre) serta memacu mesyuarat- mesyuarat perundingan berkaitan dengan pelabuhan, logistik, dan perdagangan di peringkat Nasional dan Antarabangsa.

Aktiviti

  • Menyediakan undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu di peringkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterimapakai.

  • Mengemaskini, menganalisis dan menambahnilai undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang sedia ada diperingkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterimapakai. 

  • Menyediakan dasar/pelan pembangunan, pengurusan, dan pelaksanaan aktiviti maritim berkaitan pelabuhan, logistik, dan perdagangan.

  • Menganalisa dan mengawalselia serta memantau operasi perkhidmatan berkaitan skop pelabuhan, logistik dan perdagangan.

  • Merancang, merangka, dan meninjau hubungan dua hala dalam bidang pelabuhan, logistik, dan perdagangan.

Image hover effect image

Rumah Api

Rumah Api Kuala Selangor

Langganan E-mel Laman Web Jabatan Laut Malaysia

Subscription Form

Sekiranya anda ingin berhenti melanggan , klik link berhenti langganan pada emel yang dihantar.

Warga JLM
Warga Awam
Langgan
Skip to content