Malaysia menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap kemajuan piawaian maritim dengan menyertai secara aktif di Mesyuarat SDC10 yang secara khususnya membincangkan perkara-perkara mengenai Reka Bentuk dan Pembinaan Kapal. Malaysia telah diwakili oleh En Mohd Fairoz bin Rozali, En Izzat Baihaqi bin Abu Bakar, En Mohamad Najdi Naim Mohd Tarmizi dan Kdr. Ir. Dr. Arman bin Ariffin TLDM.
Kehadiran Malaysia di dalam SDC10 pada kali menunjukkan kesungguhan negara dalam meningkatkan kemajuan khususnya dalam aspek teknikal industri maritim. Antara perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat kali ini adalah perkara berkatian reka bentuk kapal, pembinaan, kestabilan, keselamata dan proses ujian serta kelulusan pembinaan kapal sejajar dengan visi strategik Malaysia untuk meningkatkan keupayaan maritim di peringkat global. Dengan penyertaan aktif dalam SDC 10, Malaysia berhasrat untuk menyumbang kepada formulasi piawaian antarabangsa, pertukaran pengetahuan, dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemangkin bertanggungjawab dan berpengetahuan dalam sektor maritim.
Penyertaan ini tidak hanya mencerminkan komitmen Malaysia untuk kekal di barisan hadapan dalam kemajuan reka bentuk dan pembinaan kapal, malah menegaskan tekad negara untuk berkolaborasi di peringkat antarabangsa.