Menyelaras dan memantau perlaksanaan Pemeriksaan Kawalan Negara Pelabuhan (Port State Control – PSC) dan Pemeriksaan Kawalan Negara Bendera (Flag State Control – FSC)
Menyelaras dan mengurus isu-isu perundangan serta penawaran kompaun untuk kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (OPS1952)
Mengawal selia pengurusan marina awam di bawah seliaan Jabatan Laut Malaysia melalui penguatkuasaan Presedur Operasi Standard (POS) Pengurusan Marina Awam.
Menyelaras pengurusan fleet kapal/bot Wilayah dan kapal/bot di bawah KWDA termasuk krew-krew yang terlibat.Mengawal selia pengurusan pelabuhan kecil, terminal dan jeti-jeti penumpang/awam di bawah bidang kuasa Jabatan Laut Malaysia.
Mengawal selia perlaksanaan sistem ketibaan dan pelepasan kapal secara online.
Bilakah kebiasaannya kapal-kapal bendera luar diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan Port State Control (PSC)?
Kapal-kapal bendera luar ini wajib menjalani pemeriksaan mengikut “New Inspection Regime (NIR)” yang ditetapkan oleh Tokyo MOU yang dilaksanakan pada 1 Januari 2014.
Adakah Jabatan Laut Malaysia bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan di jeti terminal penumpang?
Jabatan Laut hanya bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan yang dilakukan di jeti terminal penumpang di bawah kawal selia oleh Jabatan Laut Malaysia sahaja.
Apakah itu sistem Ship Clearance System (SCS)?
Sistem SCS ini adalah sistem yang digunakan oleh agen/pemilik kapal dalam urusan pelepasan dan ketibaan kapal di mana-mana pelabuhan di dalam Malaysia
Mengapakah setiap kapal melebihi 300 GT yang memasuki mana-mana pelabuhan di dalam Malaysia perlu mempunyai insuran wajib atau jaminan kewangan ke atas kapal (LLMC Protocol 1996)?
Sesebuah kapal perlu mempunyai insuran wajib atau jaminan kewangan bagi menjamin keselamatan pelayaran kapal dan mencegah pencemaran laut dalam perairan laut Malaysia.
Apakah akibat sekiranya kapal-kapal yang memasuki mana-mana pelabuhan di Malaysia tidak memiliki insuran wajib tersebut?
Pemilik kapal atau agen kapal tersebut boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM50,000.00 dibawah kesalahan Seksyen 361(1) OPS 1952.
Apakah garis panduan untuk bot/ kapal Barter Trade yang beroperasi di jeti/pelabuhan di dalam Malaysia?
Garis panduan yang digunakan untuk tujuan Barter Trade adalah NPM01/2017 yang boleh didapati di dalam website www.marine.gov.my
Langganan E-mel Laman Web Jabatan Laut Malaysia
Sekiranya anda ingin berhenti melanggan , klik link berhenti langganan pada emel yang dihantar.