LAWATAN YB MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK KE IBU PEJABAT LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA DAN INSTITUT LATIHAN PENGANGKUTAN LAUT (MATRAIN)
PELABUHAN KLANG, 12 September 2022 – YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN). Ketibaan YB Menteri dan delegasi daripada Ministry of Transport Sarawak (MoTS) telah disambut oleh YBhg. Dato’ Hj. Baharin Bin Dato’ Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia, YBrs. Kapten Abdul Samad Bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JLM, Pengarah-Pengarah Bahagian dan wilayah serta pegawai-pegawai kanan daripada JLM.
YB Menteri dan delegasi telah diberikan taklimat berkenaan fungsi dan operasi JLM yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Laut. Seterusnya YB Menteri Pengangkutan dan delegasi telah dibawa melawat ke Pusat Simulator Anjungan Kapal (PSAK), MATRAIN. Taklimat ringkas berkenaan PSAK telah disampaikan oleh Ts. Dr. Julyus Melvin Mobilik, Pengarah MATRAIN.
Lawatan diteruskan ke Vessel Traffic System (VTS) dan telah disambut oleh pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Trafik dan Bantuan Pelayaran (BPTBP). Taklimat ringkas berkenaan VTS telah disampaikan oleh Encik Hairizam bin Albukhari, Pengarah BPTBP.
Seluruh warga JLM berasa bangga atas kesudian YB Menteri Pengangkutan Sarawak meluangkan masa mengadakan lawatan kerja singkat tetapi penuh bermakna ini untuk JLM.
#SaferShipsSecurePortsCleanerSeas
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
KLIK DISINI