Pemakluman Nombor Talian Telefon Utama Ibu Pejabat Laut, Pelabuhan Kelang Telah Beroperasi Seperti Biasa
14-04-2021
Sukacita dimaklumkan bahawa talian telefon Utama Ibu Pejabat Laut, Pelabuhan Kelang bagi nombor talian 03-33467777 dan03-33467620 telah beroperasi seperti biasa.
Sekian,
​
Terima Kasih.
Gangguan Kerosakan Talian Telefon
09-04-2021
YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,
Untuk makluman YBhg. Dato’ / Tuan / Puan, sistem talian telefon di Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia mengalami masalah teknikal iaitu panggilan masuk ke beberapa talian sambungan tidak berbunyi (ringing tone). Walaubagaimanapun, talian berkenaan masih boleh digunakan untuk membuat panggilan keluar dan menerima panggilan masuk.
Senarai sambungan talian yang terlibat adalah seperti lampiran :
Pertukaran Nama Pejabat Laut Tanjung Gemok Dan Terminal Feri Penumpang Tanjung Gemok
29-01-2021
Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah memutuskan untuk menukar nama -nama tempat di Negeri Pahang sepertimana surat pekeliling YB Setiausaha Kerajaan Pahang Bilangan 2 Tahun 2020.
Pertukaran nama -nama tempat ini melibatkan Terminal Feri yang dikawal selia oleh Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur iaitu Pejabat Laut Tanjung Gemok dan Terminal Feri Penumpang Tanjung Gemok.
Sehubungan dengan itu, berikut adalah nama baharu selaras dengan penukaran nama yang telah berkuatkuasa ini.
Pejabat Laut Tanjung Gemok kepada Pejabat Laut Teluk Gading
Terminal Feri Penumpang Tanjung Gemok kepada Tioman Harbour