Laman Web Rasmi

Jabatan Laut Malaysia

KUNJUNGAN YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN KE MV SABIK JABATAN LAUT MALAYSIA W.P. LABUAN

YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, telah berkunjung dan menaiki bot katamaran MV Sabik milik Jabatan Laut Malaysia W.P Labuan bersama delegasi Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pengarah JPJ Sarawak. YB Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia bersama delegasi berkesempatan merasai pelayaran bersama MV Sabik bermula dari Terminal Pejabat Laut Limbang untuk melawat kawasan dan meninjau aktiviti penduduk setempat di sungai dan laut serta beberapa projek yang sedang dalam perancangan untuk pembangunan Parlimen Limbang. YB Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia dan delegasi turut dibawa melawat pelampung pandu dibawah seliaan Lembaga Boya dan Api Sarawak.

Turut hadir mengiringi YB Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia dan delegasi ialah En. Mohd Hisham Bin Rubani, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Operasi Maritim, Ibu Pejabat Laut, En. Ahmad Zawawi bin Saharuddin, Timbalan Pengarah Jabatan Laut Malaysia W.P. Labuan, En. Syahrizan Bin Jili, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sarawak Timur, serta pegawai Jabatan Laut Malaysia.

Terlebih dahulu Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, Bahagian Timur, Limbang bersama Jabatan Laut Malaysia W.P. Labuan telah melaksanakan operasi bersama bagi Kempen Keselamatan Bot dan Feri Penumpang di perairan Limbang untuk memastikan pemilik lesen bot dan feri penumpang mematuhi peraturan dan keperluan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Langganan E-mel Laman Web Jabatan Laut Malaysia

Subscription Form

Sekiranya anda ingin berhenti melanggan , klik link berhenti langganan pada emel yang dihantar.

Warga JLM
Warga Awam
Langgan