LAMAN UTAMA

Profil

PENGENALAN

Sebelum tertubuhnya Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Laut terdiri daripada 3 buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan yang berbeza.

Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia di bawah Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia yang pertama iaitu YBhg. Dato' Kapten Haji Ahmad Bin Othman.

Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

VISI

Peneraju Sistem Pengangkutan Maritim.

MISI

 

Menetapkan Sistem Pengangkutan Maritim Berdasarkan Pembangunan dan Pemantauan Standard Peringkat Nasional dan Antarabangsa.

 

OBJEKTIF

Memacu Pertumbuhan Maritim Kebangsaan Yang Berkualiti Melalui Pemerkasaan Sistem Pengangkutan Maritim Yang Selamat, Sistematik dan Perlindungan Persekitaran Marin.

MOTO

Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas

 

FUNGSI-FUNGSI UTAMA

  1. Mengawal selia perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran. 
  2. Pemberi perkhidmatan sektor perkapalan, pelabuhan dan keselamatan pelayaran. 
  3. Pembangunan ekonomi maritim.