Piagam Pelanggan
Kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua masyarakat perkapalan bagi mempertingkatkan keselamatan Sistem Perhubungan Laut. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :-Kelayakan
Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.
Pengurusan Audit
Melaksanakan proses pengauditan ke atas syarikat pengurus kapal mengikut Sistem Pengurusan Kapal yang digunapakai dalam tempoh masa tiga (3) bulan mulai tarikh permohonan audit yang diluluskan sehingga ketakuran terakhir ditutup sepenuhnya
Pengeluaran Sijil Kapal
Memproses dan mengeluarkan sijil dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima;
Rumah Api
Memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99%;
Tandarah Suar
Memastikan ketersediaan tandarah suar sekurang-kurangnya 98%;
Pelampung Pandu Berlampu
Memastikan ketersediaan pelampung pandu berlampu sekurang-kurangnya 97%.
Pendaftaran Kapal
Memproses dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Kapal dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.