Perutusan Ketua Pengarah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke laman web rasmi Jabatan Laut Malaysia (JLM). Portal yang telah dibangunkan ini diharapkan dapat membantu para pengunjung berurusan dengan JLM bagi mendapatkan maklumat terkini dan menjadi sumber rujukan berkaitan sektor perkapalan dan pelabuhan di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
JLM sentiasa berusaha untuk memperhebatkan inisiatif transformasi dalam penyampaian perkhidmatan awam melalui pengurusan organisasi yang tersusun, teknologi maklumat dan komunikasi yang inovatif serta strategik ke arah negara maju melalui pengukuhan posisinya sebagai peneraju sektor perkapalan dan pelabuhan yang dikenali di seantero dunia.
Selaras dengan tanggungjawab dan objektif JLM dalam memacu pertumbuhan sektor perkapalan yang berkualiti melalui pemerkasaan sistem pengangkutan air yang selamat, sistematik dan perlindungan persekitaran marin. Maklumat yang disediakan di laman web ini sentiasa dikemaskini dan bersifat interaktif agar ianya dapat memberi manfaat kepada para pengunjung yang melayari laman web ini.
JLM turut tidak ketinggalan dalam mengadaptasikan perkembangan teknologi ke dalam urusan rasmi Jabatan. JLM berusaha untuk menggunakan teknologi yang terkini dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan, dengan melabur dalam pembangunan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk masa depan.
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan, kami mengalu-alukan pendapat dan pandangan serta maklum balas untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan bagi kepentingan masyarakat dan negara.
Selamat melayari laman web JLM.
“Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas”
KETUA PENGARAH LAUT
JABATAN LAUT MALAYSIA