SOALAN LAZIM

Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)

  1. Kursus apakah yang ditawarkan di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)?

    Kursus-kursus yang dilaksanakan di MATRAIN adalah khusus untuk kakitangan Jabatan Laut Malaysia (JLM) namun, terdapat beberapa kursus tertentu yang dianjurkan terbuka kepada pihak luar. Kursus-kursus yang dilaksanakan kepada pihak selain daripada kakitangan JLM merangkumi kursus peringkat domestik dan antarabangsa seperti Pengendalian Asas Bot, kursus di bawah The International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA) dan lain-lain.
     
  2. Adakah agensi luar boleh menganjurkan sebarang kursus atau program di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)?

    Ya, boleh. Agensi luar boleh menghubungi Pejabat Pendaftar MATRAIN untuk keterangan lanjut berhubung permohonan.
     
  3. Apakah kemudahan yang terdapat di MATRAIN?

    Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) dilengkapi dengan dua blok apartment berjumlah 44 buah rumah, kolam renang, auditorium, bilik kuliah, makmal komputer, kafetaria, kemudahan sukan (gelanggang takraw, futsal dan bola jaring), bridge simulator, rumah asap dan rumah bot.
     
  4. Bolehkah orang awam menggunakan jeti di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) untuk memancing?

    Tidak boleh.
     
  5. Bolehkah orang awam menggunakan kemudahan jeti di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) untuk menempatkan bot milik peribadi?

    Tidak boleh.
     
  6. Bolehkah orang awam menggunakan kemudahan sukan/ sebarang fasiliti di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)?

    Orang awam boleh menggunakan kemudahan sukan di MATRAIN tertakluk dengan kebenaran daripada Pengarah ILPL dan mengikut kadar bayaran yang ditetapkan.