Dasar Kualiti
Dasar Kualiti Jabatan Laut
Jabatan Laut Malaysia bertekad menyediakan perkhidmatan pengangkutan maritim yang berkualiti dengan memenuhi keperluan peraturan dan perundangan untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.
Objektif Kualiti
Dalam pelaksanaan dasar kualiti tersebut ianya menekankan terhadap memenuhi semua keperluan-keperluan pihak berkepentingan serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam keberkesanan sistem pengurusan kualiti Jabatan Laut.
Jabatan Laut Malaysia menetapkan objektif-objektif kualiti yang bersesuaian dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Objektif-objektif tersebut ditetapkan dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan.
Bahagian Pengurusan Trafik Dan Bantuan Pelayaran (BPTBP)
Memastikan keberkesanan alat bantuan pelayaran iaitu "availability/reliability" mencapai tahap mengikut panduan International Association of Lighthouse Authorities (IALA) seperti yang dinyatakan di bawah ini:
-
Kategori 1 – Rumah api. Ketersediaan sekurang-kurangnya 99%.
-
Kategori 2 – Tandarah suar. Ketersediaan sekurang-kurangnya 98%.
-
Kategori 3 – Pelampung pandu berlampu. Ketersediaan sekurang-kurangnya 97%..
Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN)
Pengendalian Kursus
i. Menjalankan sekurang-kurangnya 80% kursus yang dijadualkan.ii. Mendapatkan skor purata penilaian:
- Tidak kurang daripada 7.5 dalam skala 1 hingga 10 bagi skor purata pencapaian pelaksanaan kursus.
- Tidak kurang daripada 7.5 dalam skala 1 hingga 10 bagi skor purata pencapaian penyediaan makan/minum.
- Tidak kurang daripada 7.5 dalam skala 1 hingga 10 bagi skor purata pencapaian penyediaan asrama.
- Tidak kurang daripada 7.5 dalam skala 1 hingga 10 bagi skor purata pencapaian kemudahan latihan.
- Tidak kurang daripada 7.5 dalam skala 1 hingga 10 bagi skor purata pencapaian penceramah kursus.
Bahagian Pendaftaran Kapal (BPK)
-
Memproses dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Kapal dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
Bahagian Operasi Maritim (BOM)
-
Memastikan kerja-kerja ukur hidrografi dijalankan 100% menepati perancangan yang ditetapkan mengikut jadual survei tahunan dalam tempoh setahun.
-
Memastikan kesiapsiagaan fleet Jabatan sentiasa berada pada tahap ketersediaan 75%.
Bahagian Kawalan Industri Maritim (BKIM)
-
Mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya 6 kali setahun bagi setiap gred.
-
Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.
-
Meluluskan perakuan kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
-
Mengeluarkan perakuan pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Sokongan Dan Pengurusan
-
Pengurusan bayaran dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja..
-
Mencapai 85% tahap kepuasan pelanggan.
-
Melaksanakan tindakan ke atas aduan dalam tempoh 14 hari bekerja.
-
Penilaian prestasi penyedia luar mencapai tahap tiga (3) (memuaskan) dan ke atas.
-
Setiap stok hendaklah direkodkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.
-
Pendaftaran/penyelenggaraan kata laluan dilaksanakan dalam tempoh masa dua (2) hari selepas permohonan lengkap diterima.