LAMAN UTAMA

Bahagian Pendaftaran Kapal

 

Objektif

Memastikan pengurusan operasi pendaftaran dapat dikendalikan secara cekap dan berkesan mengikut peruntukan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan peraturan yang berkuatkuasa.

 

Fungsi

  • Menyelaras dan memantau aktiviti pendaftaran kapal di peringkat Ibu Pejabat Laut dan Pejabat Pendaftar Kapal:

    • Menyelaras dan memantau aktiviti pendaftaran kapal di peringkat Ibu Pejabat Laut dan Pejabat Pendaftar Kapal:

    • Pendaftaran Kapal Malaysia

    • Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia

    • Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi

    • Pendaftaran Kapal Boleh Tamat

  • Mengawal selia urusan pelesenan bot.

  • Menjalankan pemeriksaan terhadap pengesahan pendaftaran kapal di Malaysia.

 

Aktiviti

  • Mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal.

  • Menyediakan perangkaan yang berkaitan dengan pendaftaran kapal untuk kegunaan industri maritim di Malaysia.

  • Menyelaras, memantau dan meluluskan permohonan dan kelulusan nama kapal serta mendaftarkan kapal berdasarkan penelitian dokumen, pelan dan sistem pendaftaran kapal.

  • Menganalisis kertas cadangan berkaitan pembangunan dasar perkapalan.

  • Menyelaras dan memantau Pemeriksaaan Nota Ukiran & Penandaan Kapal di dalam dan Luar Negara bagi tujuan pendaftaran kapal kekal (Permanent Ship Registry) dibawah sistem pendaftaran kapal.

  • Menyelaras dan memudahcara aktiviti pengesahan status dan keaslian (genuinnity) dengan Negara pengeluar sijil pembatalan pendaftaran kapal (deletion certificate) untuk tujuan mendaftarkan kapal di Malaysia.

  • Menyelaras, memantau dan memudahcara urusan gadaian kapal dan semakan status gadaian/muflis dengan pihak-pihak yang memberi gadaian kepada pemilik-pemilik kapal, pihak yang berkepentingan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Mahkamah Admiralty.

  • Menyelaras dan memantau pemeriksaan bot/kapal bagi tujuan pendaftaran kapal dan pelesenan bot.

  • Menyelaras, memudahcara dan membantu mana-mana agensi penguatkuasaan/organisasi berkepentingan dalam mendapatkan maklumat berkaitan pelesenan bot dan pendaftaran kapal.

  • Menyelaras, memudahcara dan membantu pihak yang berkepentingan dengan membekalkan maklumat berkaitan pelesenan bot dan pendaftaran kapal bagi tujuan pengeluaran transkrip kapal.