LAMAN UTAMA

Bahagian Pembangunan Perkapalan & Pelaut

 

Objektif

Merancang, menganalisa dan memperakui pengurusan dan aktiviti sistem pengangkutan maritim yang memfokuskan kepada pembangunan perkapalan dan pelaut selaras dengan keperluan industri berdasarkan kepada perundangan Nasional dan Antabangsa.

 

Fungsi

  • Merangka dan merancang pembangunan dasar perkapalan dan pelaut.

  • Menggubal undang-undang, peraturan dan kaedah yang berkaitan dengan pembangunan perkapalan dan pelaut.

 

Aktiviti

  • Merancang halatuju Tabung Pembangunan Perkapalan Malaysia.

  • Mentadbir IMO Global Integrated Shipping Information System (GISIS) di peringkat Jabatan Laut Malaysia.

  • Merancang pelaksanaan Malaysia Shipping Master Plan.

  • Menganalisis kertas cadangan berkaitan pembangunan dasar perkapalan dan pelaut.

  • Merancang halatuju pembangunan Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut.

  • Mentadbir Pusat Pengurusan Pelaut (Seafarer Management Center).

  • Menetapkan dasar penubuhan institusi latihan maritim dan agensi pembekal pelaut di Malaysia.

  • Merangka dan mewujudkan peraturan berkaitan perkapalan dan pelaut.