Bahagian Operasi Maritim
- Apakah antara fungsi-fungsi utama Bahagian Operasi Maritim?
- Melaksanakan urusan Pengerukan Hidrografi & Pengurusan Wreck.
- Menyelaras dan memantau perlaksanaan Pemeriksaan Kawalan Negara Pelabuhan (Port State Control – PSC) dan Pemeriksaan Kawalan Negara Bendera (Flag State Control – FSC)
- Menyelaras dan mengurus isu-isu perundangan serta penawaran kompaun untuk kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (OPS1952)
- Mengawal selia pengurusan marina awam di bawah seliaan Jabatan Laut Malaysia melalui penguatkuasaan Presedur Operasi Standard (POS) Pengurusan Marina Awam.
- Menyelaras pengurusan fleet kapal/bot Wilayah dan kapal/bot di bawah KWDA termasuk krew-krew yang terlibat.Mengawal selia pengurusan pelabuhan kecil, terminal dan jeti-jeti penumpang/awam di bawah bidang kuasa Jabatan Laut Malaysia.
- Mengawal selia perlaksanaan sistem ketibaan dan pelepasan kapal secara online.
- Bilakah kebiasaannya kapal-kapal bendera luar diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan Port State Control (PSC)?
- Kapal-kapal bendera luar ini wajib menjalani pemeriksaan mengikut “New Inspection Regime (NIR)” yang ditetapkan oleh Tokyo MOU yang dilaksanakan pada 1 Januari 2014.
- Kapal-kapal bendera luar ini wajib menjalani pemeriksaan mengikut “New Inspection Regime (NIR)” yang ditetapkan oleh Tokyo MOU yang dilaksanakan pada 1 Januari 2014.
- Adakah Jabatan Laut Malaysia bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan di jeti terminal penumpang?
- Jabatan Laut hanya bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan yang dilakukan di jeti terminal penumpang di bawah kawal selia oleh Jabatan Laut Malaysia sahaja.
- Jabatan Laut hanya bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan yang dilakukan di jeti terminal penumpang di bawah kawal selia oleh Jabatan Laut Malaysia sahaja.
- Apakah itu sistem Ship Clearance System (SCS)?
- Sistem SCS ini adalah sistem yang digunakan oleh agen/pemilik kapal dalam urusan pelepasan dan ketibaan kapal di mana-mana pelabuhan di dalam Malaysia
- Sistem SCS ini adalah sistem yang digunakan oleh agen/pemilik kapal dalam urusan pelepasan dan ketibaan kapal di mana-mana pelabuhan di dalam Malaysia
- Mengapakah setiap kapal melebihi 300 GT yang memasuki mana-mana pelabuhan di dalam Malaysia perlu mempunyai insuran wajib atau jaminan kewangan ke atas kapal (LLMC Protocol 1996)?
- Sesebuah kapal perlu mempunyai insuran wajib atau jaminan kewangan bagi menjamin keselamatan pelayaran kapal dan mencegah pencemaran laut dalam perairan laut Malaysia.
- Sesebuah kapal perlu mempunyai insuran wajib atau jaminan kewangan bagi menjamin keselamatan pelayaran kapal dan mencegah pencemaran laut dalam perairan laut Malaysia.
- Apakah akibat sekiranya kapal-kapal yang memasuki mana-mana pelabuhan di Malaysia tidak memiliki insuran wajib tersebut?
- Pemilik kapal atau agen kapal tersebut boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM50,000.00 dibawah kesalahan Seksyen 361(1) OPS 1952.
- Pemilik kapal atau agen kapal tersebut boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM50,000.00 dibawah kesalahan Seksyen 361(1) OPS 1952.
- Apakah garis panduan untuk bot/ kapal Barter Trade yang beroperasi di jeti/pelabuhan di dalam Malaysia?
- Garis panduan yang digunakan untuk tujuan Barter Trade adalah NPM01/2017 yang boleh didapati di dalam website www.marine.gov.my