LAMAN UTAMA

Bahagian Keselamatan Pelayaran Dan Komunikasi Maritim (BKPKM)

 

Objektif

Merancang, merangka dan menganalisis sistem pengangkutan maritim yang memfokuskan kepada aktiviti keselamatan pelayaran dan komunikasi maritim berdasarkan kepada perundangan Nasional dan Antarabangsa.

 

Fungsi

  • Merancang dan mengawalselia sistem Keselamatan Pelayaran Dan Komunikasi Maritim.

  • Merancang, merangka dan meninjau kerjasama dan hubungan dua hala dengan negara luar dalam bidang keselamatan pelayaran.

  • Merangka dan memacu kajian dan penilaian keselamatan pelayaran, keperluan infrastruktur termasuk peralatan bantuan pelayaran dari masa ke semasa.

 

Aktiviti

  • Menjalankan kajian analisis risiko dan penilaian berkaitan keselamatan pelayaran, sistem komunikasi maritim dan keperluan survey hidrografi.

  • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat perundingan dalam dan luar negara diperingkat ASEAN, IALA, IHO,IMO.

  • Menggotai Jawatankuasa Induk Vessel Traffic Services Competent Authority, Tripartite Technical Expert Group (TTEG), Cooperative Merchanism termasuk Aids To Navigations Funds.