[wp_hijri_date custom_format="l, j F Y / _j _F _Y"]H
Official Website

Malaysia Marine Department

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, TAKLIMAT PEMANTAPAN TATAKELOLA MENANGANI RASUAH & KETIRISAN DAN IKRAR BEBAS RASUAH JABATAN LAUT MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 5 Februari 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan, Taklimat Pemantapan Tatakelola Menangani Rasuah & Ketirisan dan Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Laut Malaysia telah diadakan di Dewan Auditorium Aras 5, Menara Dius Api, Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM). Majlis tersebut merupakan anjuran Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) dengan kerjasama Unit Integriti (UI) Ibu Pejabat Laut.

Pada Majlis Perhimpunan Bulanan, YBrs. Kapten Mohamad Halim bin Ahmed, Ketua Pengarah Laut, menggesa warga kerja JLM untuk terus meningkatkan mutu kerja dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh selaras dengan hasrat kerajaan. Pada majlis sama, Ketua Pengarah Laut telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Unit Pengurusan Kewangan dan Akaun Amanah (UPKAA) dan Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) atas Pencapaian 100% Pembayaran Bil dan Tuntutan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Sepanjang Tahun 2023. Ketua Pengarah Laut turut mengucapkan tahniah atas kejayaan JLM memperolehi Pensijilan Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013 (ISMS).

Usai Majlis Perhimpunan Bulanan, majlis diteruskan dengan Taklimat Pemantapan Tatakelola Menangani Rasuah & Ketirisan yang disampaikan oleh Encik Rosmadi bin Kasim, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah juga telah dizahirkan oleh warga kerja JLM yang diketuai oleh Ketua Pengarah Laut diikuti Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan oleh YBhg. Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor. Lafaz Ikrar dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah ini merupakan bukti warga JLM komited dalam memerangi rasuah.

Ketua Pengarah Laut dalam ucapan beliau menyeru warga JLM supaya mengambil prinsip amanah dan integriti sebagai paksi utama dalam memenuhi tanggungjawab dengan tadbir urus dan tatakelola yang baik selari dengan citra Malaysia Madani.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengurusan Tertinggi JLM, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Wilayah, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Dius Api (LDA), dan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) dan seluruh warga kerja JLM.

Email Subscription

Subscription Form

If you wish to unsubscribe, click the unsubscribe link in the email that was sent.

JLM Staff
Public Citizen
Newsletter
Skip to content