Pelabuhan Klang – YBrs. Kapten Abdul Samad Bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menerima kunjungan dan lawatan teknikal oleh wakil daripada UNESCAP iaitu Mr Fedor Komitlitsyn, Mr. Sooyeob Kim dan Commander Ang Chin Hup. Lawatan teknikal ke JLM adalah bertujuan untuk melakukan perkongsian berkenaan peranan serta projek yang telah dilaksanakan oleh UNESCAP terutamanya di dalam projek berkenaan autonomous shipping.
YBrs. Kapten Abdul Samad turut menyatakan kesediaan JLM untuk berkolaborasi bersama UNESCAP untuk melaksanakan projek-perintis yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Wakil UNESCAP turut dibawa melawat ke pusat kawalan VTS Klang, Menara Dius Api bagi melihat keadaan pengoperasian VTS yang mengawal dan menyelia keselamatan pelayaran di Selat Melaka yang merupakan antara selat pelayaran yang sibuk. Hampir 80,000 buah kapal berlayar melalui Selat Melaka setiap tahun dengan pengawasan oleh petugas-petugas di pusat kawalan VTS Klang.
Turut hadir bersama adalah Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua Unit dan pegawai dari Ibu Pejabat Laut JLM.