[wp_hijri_date custom_format="l, j F Y / _j _F _Y"]H
Official Website

Malaysia Marine Department

KETUA PENGARAH LAUT, JABATAN LAUT MALAYSIA YANG BAHARU MASUK KE PEJABAT SECARA RASMI

PELABUHAN KLANG, 14 Oktober 2024 – YBrs. Tuan Haji Dickson bin Dollah, Ketua Pengarah Laut telah masuk ke pejabat secara rasmi hari ini. Beliau tiba di Ibu Pejabat Laut Malaysia, Menara Dius Api, Pelabuhan Klang dan disambut oleh YBrs. Kapten Abdul Samad bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi), Lt. Kol. Bersekutu (PA) Raja a/l Chinaya@Sinniah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, dan Encik Yusnan bin Abdul Rani, Ketua Unit Korporat.

Sejurus selepas tiba, beliau dibawa melawat ke “Vessel Traffic Services” (VTS), pejabat, dan fasiliti di Menara Dius Api.

YBrs. Tuan Haji Dickson bin Dollah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia berkuatkuasa 8 Oktober 2024. JLM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada YBrs. Tuan Haji Dickson bin Dollah.

Email Subscription

Subscription Form

If you wish to unsubscribe, click the unsubscribe link in the email that was sent.

JLM Staff
Public Citizen
Newsletter
Skip to content