[wp_hijri_date custom_format="l, j F Y / _j _F _Y"]H
Official Website

Malaysia Marine Department

BENGKEL CADANGAN PENGUKUHAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI JABATAN LAUT MALAYSIA

KLANG, 6 Mac 2024 – YBrs. Kapten Mohamad Halim bin Ahmed, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menghadiri dan menyempurnakan perasmian Bengkel Cadangan Pengukuhan Semula Organisasi JLM yang diadakan di Wyndham Acmar Hotel, Klang.

Bengkel yang diadakan pada 5-6 Mac 2024 ini bertujuan untuk menilai, memurnikan serta mempertimbangkan penstrukturan semula organisasi dan perjawatan berdasarkan kepada penyusunan fungsi serta peranan sektor, bahagian dan unit di JLM dalam melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan.

Ketua Pengarah Laut dalam ucapan amanat beliau menyeru peserta bengkel untuk memurnikan struktur organisasi supaya lebih praktikal dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif agar dapat merangsang produktiviti Jabatan.

Puan Nur Irina Riyanti Binti Muhammad Nur, Ketua Penolong Setiausaha, Unit Pembangunan Organisasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam ucapan beliau menyambut baik Cadangan Pengukuhan Semula Organisasi yang dilakukan oleh JLM. Taklimat Penstrukturan telah disampaikan oleh En. Saddam Husain bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, Unit Pembangunan Organisasi, BPSM, MOT.

Pada hari kedua bengkel, para peserta meneliti dan menyemak semula agihan perjawatan agar menepati keperluan dalam pelaksanan fungsi di bahagian-bahagian yang berkenaan. Tumpuan diberikan kepada bahagian yang terlibat dengan ‘Core Business’ JLM. Cadangan Pengukuhan Semula Struktur Organisasi JLM dijangka akan diangkat ke MOT dan seterusnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bengkel selama dua (2) hari ini turut disertai oleh Kapten Abdul Samad bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi), Encik Nordin bin Mohamadin, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Perancangan), Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai Kanan JLM.

Email Subscription

Subscription Form

If you wish to unsubscribe, click the unsubscribe link in the email that was sent.

JLM Staff
Public Citizen
Newsletter
Skip to content