Laman Web Rasmi

Jabatan Laut Malaysia

BENGKEL CADANGAN PENGUKUHAN SEMULA STRUKTUR ORGANISASI JABATAN LAUT MALAYSIA

KLANG, 6 Mac 2024 – YBrs. Kapten Mohamad Halim bin Ahmed, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah menghadiri dan menyempurnakan perasmian Bengkel Cadangan Pengukuhan Semula Organisasi JLM yang diadakan di Wyndham Acmar Hotel, Klang.

Bengkel yang diadakan pada 5-6 Mac 2024 ini bertujuan untuk menilai, memurnikan serta mempertimbangkan penstrukturan semula organisasi dan perjawatan berdasarkan kepada penyusunan fungsi serta peranan sektor, bahagian dan unit di JLM dalam melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan.

Ketua Pengarah Laut dalam ucapan amanat beliau menyeru peserta bengkel untuk memurnikan struktur organisasi supaya lebih praktikal dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif agar dapat merangsang produktiviti Jabatan.

Taklimat Penstrukturan telah disampaikan oleh En. Saddam Husain bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, Unit Pembangunan Organisasi, BPSM, MOT.

Pada hari kedua bengkel, para peserta meneliti dan menyemak semula agihan perjawatan agar menepati keperluan dalam pelaksanan fungsi di bahagian-bahagian yang berkenaan. Tumpuan diberikan kepada bahagian yang terlibat dengan ‘Core Business’ JLM. Cadangan Pengukuhan Semula Struktur Organisasi JLM dijangka akan diangkat ke MOT dan seterusnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bengkel selama dua (2) hari ini turut disertai oleh Kapten Abdul Samad bin Shaik Osman, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Operasi), Encik Nordin bin Mohamadin, Timbalan Ketua Pengarah Laut (Perancangan), Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai Kanan JLM.

vahşi batı filmleri

Langganan E-mel Laman Web Jabatan Laut Malaysia

Subscription Form

Sekiranya anda ingin berhenti melanggan , klik link berhenti langganan pada emel yang dihantar.

Warga JLM

Warga Awam

Langgan

Skip to content