PROGRAM WALK WITH KETUA PENGARAH LAUT

PELABUHAN KLANG, 1 Februari 2024 – Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM), Ibu Pejabat Laut dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat Laut (KSKIPL) telah menganjurkan Program Walk with Ketua Pengarah Laut.

Program ini merupakan salah satu aspirasi daripada YBrs. Kapten Mohamad Halim bin Ahmed, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia selaras dengan Teras 1 Agenda Nasional Malaysia Sihat untuk mempromosi pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan meluas demi kesejahteraan mental dan fizikal warga kerja Ibu Pejabat Laut.

Ketua Pengarah Laut turut mengambil bahagian dalam aktiviti berjalan kaki ini sejauh 1 kilometer. Menurut beliau, program ini dianjurkan bagi menggalakkan warga kerja Jabatan Laut Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal yang baik.

Email Subscription

Subscription Form

If you wish to unsubscribe, click the unsubscribe link in the email that was sent.

JLM Staff

Public Citizen

Subscribe