JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA,
PEJABAT LAUT WILAYAH SELATAN,
PETI SURAT 139,
80710 JOHOR BHARU.
PEKELILING PELABUHAN : NO. 5/2000
Tarikh : 27 Mac 2000
Kepada,
Semua masyarakat perkapalan dan pelabuhan-pelabuhan.
|
SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR YANG KE-68 |
Satu temasya sukan laut akan diadakan di Pantai Lido Johor Baharu pada 8 April 2000 sempena Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Yang Ke-68.
Sehubungan dengan itu Jabatan Laut Wilayah Selatan akan mengadakan satu perkhidmatan "Cruise to no where " di Selat Tebrau Barat pada 9 Apri;l dengan kerjasama pihak swasta yang terlibat dengan industri maritim negara. Orang ramai yang berminat adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi hari tersebut.
Semua kapal-kapal yang berada di dermaga-dermaga pelabuhan yang utama supaya dapat menghiasi kapal-kapal dengan menaikkan bendera bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Keputeraan D.Y.M Sultan Johor ini.
Sekian, Terima Kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang Benar,
(AZIZUDIN BIN MOHAMAD)
Ketua Bahagian Keselamatan Pelayaran.
b.p Pengarah Laut,
Wilayah Selatan.