![]() |
JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
PEJABAT LAUT WILAYAH UTARA JALAN AKUARIUM GELUGUR, PETI SURAT 765, 10790 PULAU PINANG |
Fax :
04-6575521
Telefon : 04-6578494 E-mail : pjlwut@marine.gov.my |
PEKELILING PELABUHAN NO. 6 TAHUN 1999
DARIPADA: PENGARAH LAUT WILAYAH UTARA , PULAU PINANG.
KEPADA : MASYARAKAT PERKAPALAN WILAYAH UTARA
(PULAU PINANG , KEDAH , PERLIS DAN PERAK)
TARIKH : 17 MEI 1999.
KELULUSAN MEMUNGGAH KARGO MERBAHAYA (DANGEROUS GOODS)
Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan bahawa mulai daripada 1 April 1999 pengusaha–pengusaha / agen kapal tidak perlu lagi memohon kelulusan kepada Pegawai Pelabuhan untuk memunggah Kargo Merbahaya (Dangerous Goods) di dalam Pelabuhan yang mempunyai Aktanya sendiri seperti di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang , Lembaga Pelabuhan Klang , Pelabuhan Johor , Pelabuhan Kuantan dan juga pelabuhan-pelabuhan sepertimana disebut di dalam Rule 4, Federation Port (Amendment) Rules 1999. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan tersebut akan terus memproses permohonan dan kelulusan Kargo Merbahaya.
Bagi Pelabuhan-Pelabuhan yang masih dikawal selia oleh Jabatan Laut proses permohonan dan kelulusan Kargo Merbahaya masih perlu dipohon kepada Pegawai Pelabuhan sebagaimana peraturan sedia ada.
HAJI JAMALUDIN BIN YUSUF.
Pengarah Laut Wilayah Utara , Pulau Pinang.