JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 9/1998
Notis kepada Nakhoda, Penjaga Waktu dan Pembantu Penjaga Waktu.
PENGENDALIAN SISTEM KOMPUTER
Notis ini adalah untuk memaklumkan kemungkinan masalah yang boleh dihadapi kepada sistem berkomputer di atas kapal akibat pertukaran
tarikh pada 1 Januari 2000 yang juga dikenali sebagai masalah Y2K.
Masalah ini berkemungkinan dihadapi oleh perisisan sistem komputer yang menggunakan dua angka untuk merujuk kepada tahun semasa berdasar
kepada tanggapan angka "19" sebelum dua angka yang dirujukkan. Oleh demikian sistem berkenaan tidak mungkin membezakan tahun "1900"
dengan tahun "2000" menjelang tahun baru genap pada jam 0000 1hb. Januari 2000.
Kapal yang dikendalikan oleh tuan mungkin dilengkapkan dengan sistem komputer untuk melaksanakan secara bersendirian atau secara
berintegrasi berbagai fungsi diantaranya berkait dengan keselamatan dan pengawalan pencemaran seperti pelayaran, perhubungan, pengawalan
kegunaan enjin dan jentera-jentera, pengawalan kargo dan sebagainya. Tuan hendaklah prihatin kemungkinan sistem-sistem komputer ini
menghadapi masalah Y2K. Masalah Y2K berpotensi untuk menyebabkan situasi keselamatan dan pengawalan pencemaran yang serius sekiranya
komponen elektronik dan peralatan ang kritikal gagal pada masa dan tarikh yang berkenaan.
Sungguhpun masalah Y2K disabitkan dengan perisian penggunaan dengan komputer personel atau komputer pertalian ( networks computers ).
Tuan hendaklah prihatin kepada potensi masalah ini dengan operasi peralatan yang terdapat " embedded chips". Embedded chips" ini mungkin
terkait dengan komponen perisian yang digunakan untuk mengawal, mengawas dan membantu operasi yang melibatkan jentera dan peralatan
perkapalan.
Pemilik, penyewa dan pengusaha kapal telah dinasihatkan melalui Notis Perkapalan No. 8 untuk mengamil tindakan dan prosedur bagi
mengenali serta mengenali serta mengatasi masalah Y2K ini. Masalah ini wajar diatasi dengan cara yang berkoordinasi diantara tuan, krew
tuan, pemilik/pengurus kapal dan badan klasifikasi yang berkenaan. Langkah-langkah yang patut diambil termasuk yang berikut:
- Mengenali sistem perisian yang berpotensi mengandungi masalah Y2K
- Menyemak alat-alat kapal dan membuat pernialaian tahap risiko
- Memeriksa dana memperbaiki apa-apa masalah
- Menguji untuk memastikan sistem dan alat-alat berkenaan adalah Y2K "compliant"
- Mengujudkan prosedur-prosedur operasi untuk menghadkan risiko kepada pelayaran dan pengendalian kapal pada hujung tahun 1999 dan Januari 2000
Sekiranya Jabatan Laut memerhatikan bahawa tindakan yang sewajarnya tidak diambil tindakan susulan akan diambil khusus dalam penyemakan
persijilan "SMS" bagi keperluan Kod " ISM".
Sekian, terima kasih.
(KAPT. RAJA MALIK SARIPULAZAN BIN RAJA KAMARUZAN)
b/p. Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Sem. Malaysia
Ibu Pejabat Laut Sem. Malaysia.
Peti Surat 12,
42007 Pel. Klang
Tarikh: 21 OGOS 1998