JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 8/1998
Notis kepada Pemilik, Penyewa dan Pengusaha Kapal.
PENGENDALIAN SISTEM KOMPUTER
Notis ini adalah untuk memaklumkan kemungkinan masalah yang boleh dihadapi kepada sistem berkomputer di atas kapal akibat pertukaran
tarikh pada 1 Januari 2000 yang juga dikenali sebagai masalah Y2K.
Masalah ini berkemungkinan dihadapi oleh perisisan sistem komputer yang menggunakan dua angka untuk merujuk kepada tahun semasa berdasar
kepada tanggapan angka "19" sebelum dua angka yang dirujukkan. Oleh demikian sistem berkenaan tidak mungkin membezakan tahun "1900"
dengan tahun "2000" menjelang tahun baru genap pada jam 0000 1hb. Januari 2000.
Beberapa kapal dilengkapkan dengan perisian sistem komputer untuk pengendalian fungsi- fungsi yang diantaranya berkait dengan
keselamatan dan pengawalan pencemaran seperti pelayaran, perhubungan, pengawalan kegunaan enjin dan jentera-jentera berkaitan,
pengawalan kargo dan sebagainya. Pemilik kapal hendaklah prihatin kemungkinan perisisan sistem komputer ini menghadapi masalah Y2K yang
berpotensi untuk menyebabkan kegagalan komponen elektronik yang kritikal kepada keselamatan pelayaran dan pengawalan pencemaran.
Bagi sistem komputer jenis yang diluluskan oleh Badan Klasifikasi, pemilik kapal dinasihatkan mendapat penetapan dan panduan Badan
Klasifikasi yang berkenaan mengenai penentuan serta penyelesaian masalah Y2K.
Bagi peralatan lain yang bersabit dengan sistem komputer ataupun peralatan yang mengandungi " embedded chip" pemilik kapal adalah
dinasihatkan untuk menyemak dengan pembuat atau pembekal peralatan tersebut untuk memastikan bahawa masalah Y2K tidak timbul.
Jenis-jenis sistem komputer di atas kapal yang mungkin terlibat termasuk yang berikut:
- Personal computers and associated software
- Navitaion equipment such GPS, radar and electronic navigational charts
- Bridge movement recorders
- Alarm data longgers
- Computer control systems
- Communication systems
- Shore-based office systems
- Semasa pemeriksaan keperluan persijilan Kod ISM, pemeriksa-pemeriksa auditan ISM akan menyemak dokumen-dokumen bagi kepastian pemilik kapal telah prihatin kepada masalah dan risiko isu Y2K, disamping mengambil tindakan untuk mengatasinya
Sekian, terima kasih.
(KAPT. RAJA MALIK SARIPULAZAN BIN RAJA KAMARUZAN)
b/p. Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Sem. Malaysia
Ibu Pejabat Laut Sem. Malaysia.
Peti Surat 12,
42007 Pel. Klang
Tarikh: 21 OGOS 1998