JABATAN LAUT SEMENANJUNG MALAYSIA
NOTIS PERKAPALAN SAUDAGAR
Nombor Notis : JL 7/1998
Notis kepada Pemilik, Pengusaha, Agen, dan semua pihak yang berkaitan.
PENTERJEMAHAN PELAN KESELAMATAN KE DALAM BAHASA KEBANGSAAN-KEPERLUAN DAN DEFINASI
Merujuk kepada perkara tersebut di atas, adalah dimaklumkan bahawa pelan keselamatan , arah dan tanda keselamatan di atas kapal-kapal yang berdaftar di Malaysia perlu menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dan terjemahan kepada Bahasa Inggeris untuk mematuhi keperluan Konvensi.
2. Keperluan berkenaan juga telah dimaklumkan kepada semua Badan Kelasifikasi melaui surat Jabatan bil.( 68)dlm IPL 6033 Jld 2 bertarikh 27hb Januari 1996 dan Bil (5) dlm IPL 6064 yang bertarikh 19hb OGOS 1996.
3. Pelan-pelan Keselamatan yang telah diterjemahkan perlu dihantar untuk kelulusan sebanyak 3 salinan ke :
i. Badan-badan Kelasifikasi Kapal yang diiktiraf - kiranya pelan tersebut disediakan oleh Badan/Institusi/Syarikat yang telh diperakui oleh jabatan ini, atau
ii. Ibu Pejabat Laut Semenanjung Malaysia ( Unit Pemeriksa Kapal )- kiranya pelan tersebut tidak disediakan oleh agensi atau syarikat yang tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
(KAPT. RAJA MALIK SARIPULAZAN BIN RAJA KAMARUZAN)
b/p. Ketua Pengarah Laut
Jabatan Laut Sem. Malaysia
Ibu Pejabat Laut Sem. Malaysia.
Peti Surat 12,
42007 Pel. Klang
Tarikh: OGOS 1998