Dasar Kualiti Jabatan Laut ialah :
Dasar Kualiti Jabatan Laut adalah: Jabatan Laut Malaysia bertekad untuk membangun
dan melaksana sistem-sistem Keselamatan Pelayaran, Keselamatan Kapal dan Pengurusan
Pelaut supaya perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan lebih berkualiti dan
memuaskan serta menepati piawaian antarabangsa dan undang-undang negara.
Objektif Kualiti
Dalam pelaksanaan dasar kualiti tersebut ianya menekankan terhadap memenuhi
semua keperluan-keperluan pihak berkepentingan serta memastikan penambahbaikan
berterusan dalam keberkesanan sistem pengurusan kualiti Jabatan Laut.
Jabatan Laut Malaysia menetapkan objektif-objektif kualiti yang bersesuaian
dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2008. Objektif-objektif tersebut ditetapkan
dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan.
Sistem Perakuan Pelaut
1. Mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya 2 kali setahun
bagi setiap gred.
2. Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 1 minggu dari tarikh
permohonan diterima.
3. Mengeluarkan perakuan kekompetenan dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh
permohonan diterima.
4. Mengeluarkan sijil kursus modular dalam masa 7 hari bekerja selepas tamat
kursus.
Sistem Pemaliman
Memastikan keberkesanan alat bantuan pelayaran iaitu “availability/reliability”
mencapai tahap mengikut panduan International Association of Lighthouse Authorities
(IALA) seperti yang dinyatakan di bawah ini:
1. Kategori 1 - Rumah Api. Ketersediaan sekurang-kurangnya 99%.
2. Kategori 2 - Tanda arah suar. Ketersediaan sekurang-kurangnya 98%.
3. Kategori 3- Pelampung pandu berlampu. Ketersediaan sekurang-kurangnya 97%.
Sistem Keselamatan Alur Pelayaran.
1. Memastikan kerja-kerja ukur hidrografi dijalankan mengikut jadual.
2. Memastikan kerja-kerja pengerukan dijalankan mengikut justifikasi jadual
dan peruntukan kewangan yang diluluskan.
Sistem Pendaftaran Kapal
1. Memproses dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Kapal dalam tempoh 7 hari bekerja
mulai permohonan diterima.
2. Memastikan proses pendaftaran kapal dilaksanakan dengan seragam dan bersistem.
3. Menyediakan kemudahan mendapatkan maklumat secara berkala yang tepat, pantas
dan terkini.
Sistem Pengurusan Persijilan Dokumen Kepatuhan Kod ISM
1. Melaksanakan pengeluaran sijil Interim Dokumen Kepatuhan dalam masa 7 hari
bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang berkaitan.
2. Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan sijil Dokumen Kepatuhan (DOC) dalam
masa 7 hari dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup.
3. Menjalankan penyemakan dokumen/pengauditan di bawah Sistem Pengurusan Keselamantan
(SPK) dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan diterima.
4. Melaksanakan pengeluaran sijil pengesahan (Certifying Certificate) dalam
masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.