|
|
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAUT DAN PELABUHAN |
Apakah keperluan yang ditetapkan untuk memohon penubuhan
institusi latihan maritim?
Permohonan penubuhan institusi latihan
maritim hendaklah dibuat terus kepada Ketua Pengarah Laut, Jabatan Malaysia.
Keperluan dan panduan permohonan
boleh merujuk pada NMPM 1/99.
Apakah alamat institusi latihan maritim yang ada menawarkan
kursus-kursus modular mengikut konvenysen STCW 95?
Institusi latihan maritim yang telah diluluskan oleh
Jabatan Laut dibawah perlaksanaan konvensyen STCW 95 adalah seperti yang tersenarai
dalam laman web ini dibahagian /Perkhidmatan/Pelaut dan Pelabuhan.
Anda bolehlah terus menghubungi
institusi latihan berkenaan bagi tujuan kursus.
Saya ingin
mendapatkan pemeriksaan perubatan sebagai pelaut, klinik manakah yang perlu
saya tujui?
Anda boleh membuat pemeriksaan perubatan di mana-mana
panel klinik yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia.
Senarai klinik yang terdekat dengan anda boleh dirujuk di senarai berikut (klik disini).
Apakah
syarat-syarat untuk menjadi seorang pengamal perubatan yang diluluskan oleh
Jabatan Laut?
Pemohon hendaklah mengisi permohonan
secara atas talian (SDPX) dengan lengkap dan menghantar terus kepada Ibu Pejabat Laut
Malaysia dengan menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan
benar seperti berikut:
Satu (1) gambar warna saiz
kad pengenalan
Salinan Kad Pengenalan
Sijil kelulusan kedoktoran
Sijil MMC
Sijil diploma/Ijazah dalam Occupational Health/
Medicine atau Sijil kursus pengenalan bidangkerja maritim.
Anda boleh merujuk kepada NMPM
11/1999 & NMPM 17/1999
di laman web www.marine.gov.my untuk maklumat lanjut.
Bilakah
Jabatan Laut akan mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan bagi bagi
calon-calon bahagian dek dan injin?
Semakan tarikh peperiksaan terkini bagi bahagian
dek dan injin boleh didapati di laman web www.marine.gov.my dibawah Nota Maklumat dan Panduan Merin (NMPM) atau melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPX).
Berapakah
bayaran yang dikenakan bagi permohonan Perakuan Pengiktirafan?
Bayaran bagi setiap
permohonan adalah mengikut jenis permohonan seperti berikut :-
Permohonan baru : RM 600.00
Permohonan Pembaharuan : RM 600.00
Rosak/Hilang : RM 100.00
Bayaran hendaklah dibuat
dalam bentuk Wang Pos, Kiriman Wang, atau Bank Draf atas nama Pengarah Wilayah
berkenaan.
Berapa lamakah
proses pengeluaran Perakuan Pengiktirafan?
Sijil Perakuan Pengiktirafan akan diproses dalam
masa 3 bulan berdasarkan tarikh penerimaan permohonan
yang lengkap.
Pemegang
Sijil Perakuan Kekompetenan (COC) dari Negara manakah yang layak untuk memohon
Perakuan Pengiktirafan?
Perakuan Pengiktirafan boleh dikeluarkan kepada
pelaut tempatan dan pelaut asing yang berkhidmat di atas kapal Malaysia yang
memiliki Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Negara luar yang menandatangani
MOU dengan Malaysia (klik disini).
Berapa lamakah tempoh sahlaku Sijil Perakuan Pengiktirafan?
Tempoh sahlaku Perakuan Pengiktirafan (COR) tidak
lebih dari 1 tahun, jika sekiranya
tempoh sah laku Perakuan Kekompetenan (COC) kurang dari 1 tahun, maka tempoh
sah laku COR adalah mengikut tarikh tamat sah laku COC tersebut. Tempoh sah
laku COC semasa permohonan COR dibuat hendaklah tidak kurang daripada enam (6) bulan bagi membolehkan COR
diproses.
Saya ingin memohon Dokumen Keanggotaan selamat (Safe
Manning Document) apakah keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi?
Garispanduan bagi Permohonan Dokumen atau Perakuan
Keanggotaan Selamat dijelaskan dengan terperinci melalui notis NPM7/2009
dan NPM29/2011.
Berapakah bayaran yang dikenakan bagi permohonan Dokumen
Keanggotaan Selamat?
Bayaran akan dikenakan setelah permohonan diluluskan
dan dokumen tersebut hanya akan diserahkan kepada pemohon setelah menjelaskan
pembayaran. Jumlah yang perlu dibayar adalah bergantung pada jenis permohonan
seperti yang dinyatakan dalam NMPM6/2010.
Berapa lamakah proses pengeluaran Dokumen Keanggotaan
Selamat?
Permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat akan
diproses dalam tempoh satu (1) bulan berdasarkan tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
Jika
sebuah kapal ingin memiliki lebih dari satu Dokumen Keanggotaan Selamat apakah
keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi?
Sebuah kapal boleh memiliki lebih dari satu Dokumen/Perakuan
Keanggotaan Selamat bergantung pada satu-satu jenis pelayaran iaitu ’Domestik,
Pesisir Pantai atau Tanpa Had’. Keperluan-keperluan yang perlu
dipenuhi adalah seperti yang digariskan dalam NPM7/2009.
Berapa lamakah tempoh sahlaku Dokumen/Perakuan
Keanggotaan Selamat?
Tempoh sahlaku
Dokumen/Perakuan Keanggotaan Selamat adalah selama lima
(5) tahun.