| BAHAGIAN
KESELAMATAN PELAYARAN SOALAN-SOALAN LAZIM |
Berapakah purata bilangan
kemalangan perkapalan Perairan Selat Melaka dalam setahun?
Purata bilangan kemalangan
perkapalan Perairan Selat Melaka adalah 2 kejadian setahun. Sejak Skim Pemisah
Trafik diperkenalkan bilangan kemalangan perkapalan telah dapat dikurangkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan alat bantuan pelayaran?
Alat Bantuan Pelayaran adalah
suatu peralatan atau sistem atau gabungan kedua-duanya yang memberi panduan
kepada pelaut membuat pelayaran dengan selamat. Alat bantuan pelayaran yang
disediakan oleh Jabatan Laut ialah rumahapi, tandarah suar, pelampung pandu,
Sistem Pelayaran Satelit (SISPELSAT) dan Sistem Pengenalan Kapal.
Apakah kegunaan Rumahapi ?
Tujuan Rumahapi dibina adalah
untuk memberikan pedoman atau petunjuk kepada pelaut-pelaut untuk menentukan
kedudukan mereka pada sesuatu masa dan ianya juga sebagai penandaan pintu
laluan keluar masuk sesuatu perairan.
Apakah yang dimaksudkan
dengan kerlipan lampu yang dipasangkan pada sesuatu rumahapi?
Kerlipan lampu yang
dipasangkan pada alat bantuan pelayaran adalah untuk membezakan diantara satu
rumahapi dengan rumahapi yang lain yang mana kerlipan lampu tersebut secara
tersendirinya akan memaparkan identiti sesuatu rumahapi tersebut.
Berapakan jarak maksimum cahaya lampu yang dipasang pada
rumahapi dapat dilihat?
Jarak maksimum cahaya lampu
yang dipasangkan pada sesuatu rumahapi adalah berbeza-beza kerana ianya bergantung
pada ketinggian lampu, jenis lampu, keadaan cuaca dan ketinggian pemerhati.
Kebanyakan Rumahapi di Malaysia mempunyai julat maksimum cahaya lampu kira-kira
23 batu nautikal.
Apakah kegunaan Tandarah Suar?
Tujuan pembinaan Tandarah
Suar adalah untuk menandakan alur pelayaran, batuan, beting dan lain-lain.
Tandarah Suar mempunyai binaan tetap di sesuatu lokasi yang telah ditetapkan.
Apakah kegunaan pelampung
pandu yang telah dipasangkan di sepanjang Perairan Malaysia?
Pelampung Pandu merupakan
pelampung yang terapung di permukaan air yang telah diikat dengan rantai
(kili-kili) dan pemberat yang diletakkan ke dasar laut. Tujuan dipasangkan
pelampung pandu ini adalah untuk menandakan had lebar alur pelayaran, penandaan
kapal karam, labuhan dalam, kawasan bahaya dan lain-lain di sepanjang Perairan
Malaysia yang bertujuan memberikan panduan kepada pengguna-pengguna perairan.
Sekiranya
berlaku kerosakan atau kecurian pada peralatan alat bantuan pelayaran yang
dipasangkan sepanjang Perairan Malaysia, kepada siapakah aduan kerosakan perlu
dilaporkan?
Sebarang aduan kerosakan
boleh dilaporkan kepada pegawai di Ibu Pejabat dan Pusat Komunikasi Maritim,
pegawai bertugas di wilayah masing-masing di talian berikut untuk tindakan
selanjutnya.
|
PUSAT KOMUNIKASI MARITIM IBU
PEJABAT LAUT, PELABUHAN KLANG |
03-3167 053 |
|
KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT
BANTUAN PELAYARAN IBU PEJABAT LAUT, PELABUHAN
KLANG |
03-3169 5215 |
|
JABATAN LAUT WILAYAH UTARAGELUGOR,
PULAU PINANG |
04-6579 636 04-6578 494 |
|
JABATAN LAUT WILAYAH
TENGAHPELABUHAN KLANG, SELANGOR |
03-3169 5198 |
|
JABATAN LAUT WILAYAH
SELATANPELABUHAN TANJUNG PELEPAS, JOHOR |
607-507 2313 |
|
JABATAN LAUT WILAYAH TIMUR KUALA
TERENGGANU, TERENGGANU |
609-6221471 |
Dimanakah saya boleh mendapatkan Carta Pelayaran
(Navigational Charts) dan Jadual Pasang Surut (Tide Tables) bagi Perairan
Malaysia?
Carta Pelayaran (
Navigational Charts) dan Jadual Pasang Surut (Tide Tables) ini boleh didapati
dengan menghubungi Pusat Hidrografi Nasional, Bandar Armada Putra, Pulau Indah,
42009 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. No. 03-3169 4400.
Jadual Pasang Surut juga
boleh didapati di Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jalan Semarak, 50578 Kuala Lumpur.
No. 03-2617 0800.
Bagi Negeri Sarawak, Sila
hubungi Hydrographic Office Sarawak MarineDepartment, Lot 683, Sectio 66, Jalan
Utama, Tanah Puteh 93619 Kuching, Sarawak, No. Tel 082-484159.