BAHAGIAN KAWALAN INDUSTRI
SOALAN-SOALAN LAZIM
 

Mengapa kapal perlu didaftarkan ?

 

Terdapat dua sebab utama mengapa kapal perlu didaftarkan. Pertama adalah untuk memaklumkan identiti pemilik kapal di samping membuktikan Bendera Negara atau Negara pendaftaran bagi sesebuah kapal. Pendaftaran juga membolehkan maklumat gadaian direkodkan / didaftarkan yang mana kapal adalah sebagai jaminan. Kapal yang berdaftar boleh menuntut keistimewaan dan perlindungan kedaulatan dari Bendera Negara di mana kapal tersebut didaftarkan.     

 

 

Perlukan semua kapal didaftarkan ?

 

Terdapat tiga kategori kapal yang dikecualikan dari pendaftaran iaitu :-

 

·         Kapal yang mempunyai tanan bersih kurang daripada 15

·         Bot-bot yang dilesenkan

·         Kapal ikan yang beroperasi di dalam perairan Malaysia yang kurang daripada 500 tanan kasar

 

 

Dalam keadaan apakah, kapal perlu didaftarkan semula atau pendaftaran diperbaharui ?

 

Pembaharuan pendaftaran adalah proses dimana maklumat kapal sedia ada, seperti Nombor Rasmi, maklumat pemilikan kapal dan gadaian, dimasukkan / diperbaharui ke dalam Buku Daftar Kapal.

 

Pendaftaran semula adalah istilah yang di gunakan di bawah Ordinan ini yang mana pendaftaran kapal telah ditamatkan sebelum ini dan kemudiaannya didaftarkan semula. Contoh bagi kes-kes yang biasanya berlaku adalah seperti berikut :-

 

(a)          Pendaftaran ditamatkan apabila kapal dijual kepada pemilik warga asing, dan kemudiaannya dibeli oleh warganegara Malaysia dan didaftarkan semula di pendaftaran Malaysia.

 

(b)          Pendaftaran ditamatkan apabila kapal ditinggalkan sebagai wreck atau hilang tetapi kemudiannya dijumpai atau didapati semula.

 

(c)          Pendaftaran ditamatkan apabila pemilik emmohon kapal ini dilesenkan di bawah Kaedah Bot Berlesen. Kemudiannya, kapal tersebut dijual kepada warganegara Malaysia yang memerlukan status pendaftaran.

 

(d)          Pendaftaran kapal diistiharkan sebagai batal oleh sesebuah mahkamah yang diperakui.

 

 

Apakah pindaan / perubahan pada kapal yang perlu dimaklumkan kepada Pendaftar Kapal ?

 

Pemilik kapal perlu memaklumkan sebarang pindaan / perubahan maklumat kapal yang memberi kesan kepada maklumat yang terkandung di dalam Sijil Pendaftaran Kapal, seperti alamat pemilik atau tanan kapal.

 

 

Bagaimana untuk mendaftarkan kapal ?

 

Sebelum sesebuah kapal boleh didaftarkan, nama kapal perlu diluluskan. Permohonan nama kapal boleh dibuat di mana-mana pejabat pelabuhan pendaftaran. Setelah nama kapal yang dipohon diluluskan, permohonan untuk mendaftarkan kapal boleh dibuat dimana-mana pejabat pelabuhan pendaftaran mengikut pilihan. 

 

Secara kebiasaannya, Sijil Pendaftaran Sementara akan dikeluarkan oleh Pendaftar Kapal-Kapal untuk tempoh maksimum enam (6) bulan tertakluk kepada proses penandaan ukiran nama kapal dan pelabuhan pendaftaran diselesaikan. 

 

 

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran ?

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan permohonan pendaftaran adalah :-

 

 

 

Bagaimana pindaan maklumat hak milik kapal boleh dilakukan ?

 

Dalam perihal pemilikan individu, pemilik kapal atau pengurus kapal yang dilantik dibenarkan untuk membuat pindaan maklumat hak milik kapal di pejabat pelabuhan pendaftaran dengan mengemukakan :-

 

 

Untuk kes pemilikan badan korporat :-

 

 

 

Bagaimana pindaan maklumat butiran kapal boleh dilakukan ?

 

Sebelum pemakluman dilakukan kepada Pendaftar Kapal berkenaan pindaan maklumat kapal, Pemeriksa Kapal perlu memeriksa kapal untuk mengesahkan pindaan dan mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal

 

Untuk pindaan butiran enjin kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah :-

 

 

Untuk pindaan butiran tanan kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah :-

 

 

 

 

Bagaimana untuk mendaftarkan gadaian kapal ?

 

Terdapat dua jenis gadaian, yang pertama adalahto secure a loan of Principal Sum with interest” dan yang kedua adalahto secure an Account Current or similar transactions”. Permohonan untuk mendaftarkan gadaian perlu dikemukakan dengan borang yang berkenaan (Borang 247/249/251), salinan asal atau salinan diakui sah “Deeds of Covenant”. Yuran yang dikenakan untuk proses ini adalah berpandukan kepada tanan kapal.   

 

 


Pendaftaran Kapal Tradisional

 

 

Adakah saya layak untuk mendaftarkan kapal ?

 

Kelayakan untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini adalah :-

 

 

 

Dimanakah kapal boleh didaftarkan ?

 

Pelabuhan pendaftaran bagi pendaftaran ini adalah Port Kelang, Penang, Kuching dan Kota Kinabalu

 

 

 

 

 

 

 


Pendaftaran Kapal Antarabangsa Malaysia

 

 

Adakah saya layak untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini ?

 

Kelayakan untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini adalah :-

 

 

 

Dimanakah kapal boleh didaftarkan ?

 

Pejabat pelabuhan pendaftaran ini terletak di Jabatan Laut W.P Labuan

 

 

Adakah terdapat sekatan-sekatan untuk mendaftarkan kapal di bawah pendaftaran ini ?

 

Untuk tujuan pendaftaran, kapal perlu memenuhi keperluan berikut :-

 

·         Di lengkapi dengan sistem dorongan mekanikal

·         Tanan kasar tidak kurang daripada 1,600

·         Umur tidak melebihi 15 tahun untuk kapal tangki atau bulk carrier

·         Umur tidak melebihi 20 tahun bagi jenis kapal selain di atas