Keselamatan Pelayaran

Berapakah kuantiti kargo minyak yang mewajibkan sesebuah kapal untuk memiliki Sijil Insurans CLC 1992?

Kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans CLC 1992 ialah kapal yang membawa minyak sebagai bahan kargo yang melebihi 2,000 tan. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 57/2005 yang dibaca bersama-sama dengan Notis Perkapalan Saudagar JL 4/1995

Berapakah berat Tanan Berdaftar Kasar (GRT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans BCC 2011?

Berat Tanan Berdaftar Kasar (GRT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans BCC 2011 ialah semua kapal yang melebihi 1,000 Tanan Berdaftar Kasar. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 1/2009

Dimanakah saya boleh mendapatkan Carta Pelayaran (Navigational Charts) dan Jadual Pasang Surut (Tide Tables) bagi Perairan Malaysia?

Carta Pelayaran ( Navigational Charts) dan Jadual Pasang Surut (Tide Tables) ini boleh didapati dengan menghubungi Pusat Hidrografi Nasional, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan. No. 03-3169 4400.

Jadual Pasang Surut juga boleh didapati di Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jalan Semarak, 50578 Kuala Lumpur. No. 03-2617 0800.

Bagi Negeri Sarawak, Sila hubungi Pejabat Hidrografi, Jabatan Laut Sarawak, Lot 683, Seksyen 66, Jalan Utama, Tanah Puteh 93619 Kuching, Sarawak, No. Tel 082-484159.

Sekiranya berlaku kerosakan atau kecurian pada peralatan alat bantuan pelayaran yang dipasangkan sepanjang Perairan Malaysia, kepada siapakah aduan kerosakan perlu dilaporkan?

Sebarang aduan kerosakan boleh dilaporkan kepada pegawai di Ibu Pejabat dan Pusat Komunikasi Maritim, pegawai bertugas di wilayah masing-masing di talian berikut untuk tindakan selanjutnya.

PUSAT KOMUNIKASI MARITIM IBU PEJABAT LAUT, PELABUHAN KLAN

03-3167 05

KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT BANTUAN PELAYARAN IBU PEJABAT LAUT, PELABUHAN KLANG

03-3169 5215

JABATAN LAUT WILAYAH UTARA, GELUGOR, PULAU PINANG

Apakah kegunaan pelampung pandu yang telah dipasangkan di sepanjang Perairan Malaysia?

Pelampung Pandu merupakan pelampung yang terapung di permukaan air yang telah diikat dengan rantai (kili-kili) dan pemberat yang diletakkan ke dasar laut. Tujuan dipasangkan pelampung pandu ini adalah untuk menandakan had lebar alur pelayaran, penandaan kapal karam, labuhan dalam, kawasan bahaya dan lain-lain di sepanjang Perairan Malaysia yang bertujuan memberikan panduan kepada pengguna-pengguna perairan.

Berapakan jarak maksimum cahaya lampu yang dipasang pada rumahapi dapat dilihat?

Jarak maksimum cahaya lampu yang dipasangkan pada sesuatu rumahapi adalah berbeza-beza kerana ianya bergantung pada ketinggian lampu, jenis lampu, keadaan cuaca dan ketinggian pemerhati. Kebanyakan Rumahapi di Malaysia mempunyai julat maksimum cahaya lampu kira-kira 23 batu nautikal.