FAQ

8. Bagaimana pindaan maklumat butiran kapal boleh dilakukan?

Melayu

Pemeriksa Kapal perlu memeriksa kapal untuk mengesahkan pindaan butiran dan mengeluarkan Sijil Pemeriksaan Kapal. Untuk pindaan butiran enjin kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah: -

  1. Sijil Pemeriksaan;
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Kapal;
  3. Borang 255 - Pin 1/99 yang telah diperakukan oleh Pemeriksa Kapal;
  4. Borang Survey 118 - Deklarasi enjin kapal.

Untuk pindaan butiran tanan kapal, dokumen yang perlu dikemukakan adalah :-

7. Bagaimana pindaan maklumat hak milik kapal boleh dilakukan?

Melayu

Dalam perihal pemilikan individu, pemilik kapal atau pengurus kapal yang dilantik dibenarkan untuk membuat permohonan pindaan maklumat hak milik kapal di pejabat pendaftar kapal dengan mengemukakan :-

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Perlantikan Pengurus Kapal 
  3. Pengisytiharan Pemilikan 
  4. Dokumen asal Perjanjian Jual Beli yang merujuk kepada pemilik kapal yang terakhir  
  5. Dokumen asal Sijil Pendaftaran Kapal 

Untuk kes pemilikan badan korporat :-

5. Bagaimanakah untuk mendaftarkan kapal?

Melayu

Sebelum sesebuah kapal boleh didaftarkan, nama kapal perlu diluluskan. Permohonan nama kapal boleh dibuat di mana-mana Pejabat Pendaftar kapal. Setelah nama kapal yang dipohon diluluskan, permohonan untuk mendaftarkan kapal boleh dibuat dimana-mana pejabat pendaftar kapal.

Secara kebiasaannya, Sijil Pendaftaran Kapal (Sementara) akan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Kapal  sebelum Sijil Pendaftaran Kapal (Tetap ) dikeluarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Kapal.

3. Dalam keadaan apakah, kapal perlu didaftarkan semula atau pendaftaran diperbaharui?

Melayu

Pendaftaran semula adalah istilah yang digunakan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar yang mana pendaftaran kapal telah ditamatkan sebelum ini dan kemudiannya didaftarkan semula.

Contoh kes yang biasa berlaku seperti berikut: -

1. Mengapa kapal perlu didaftarkan?

Melayu

Terdapat dua sebab utama mengapa kapal perlu didaftarkan. Pertama adalah untuk memaklumkan identiti pemilik kapal di samping membuktikan Bendera Negara atau Negara pendaftaran bagi sesebuah kapal. Pendaftaran juga membolehkan maklumat gadaian direkodkan / didaftarkan yang mana kapal adalah sebagai jaminan. Kapal yang berdaftar boleh menuntut keistimewaan dan perlindungan kedaulatan dari Bendera Negara di mana kapal tersebut didaftarkan.