FAQ

Apakah kegunaan pelampung pandu yang telah dipasangkan di sepanjang Perairan Malaysia?

Melayu

Pelampung Pandu merupakan pelampung yang terapung di permukaan air yang telah diikat dengan rantai (kili-kili) dan pemberat yang diletakkan ke dasar laut. Tujuan dipasangkan pelampung pandu ini adalah untuk menandakan had lebar alur pelayaran, penandaan kapal karam, labuhan dalam, kawasan bahaya dan lain-lain di sepanjang Perairan Malaysia yang bertujuan memberikan panduan kepada pengguna-pengguna perairan.

Mengapa kapal perlu didaftarkan?

Melayu

Terdapat dua sebab utama mengapa kapal perlu didaftarkan. Pertama adalah untuk memaklumkan identiti pemilik kapal di samping membuktikan Bendera Negara atau Negara pendaftaran bagi sesebuah kapal. Pendaftaran juga membolehkan maklumat gadaian direkodkan / didaftarkan yang mana kapal adalah sebagai jaminan. Kapal yang berdaftar boleh menuntut keistimewaan dan perlindungan kedaulatan dari Bendera Negara di mana kapal tersebut didaftarkan.