Berat Tanan Kasar (GT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans WRC 2007 ialah semua kapal yang melebihi 300 GT. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 5/2015.
Kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans CLC 1992 ialah kapal yang membawa minyak sebagai kargo yang melebihi 2,000 tan. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 57/2005 yang dibaca bersama dengan Notis Perkapalan Saudagar JL 4/1995NPM 4/2014.
Berat Tanan Kasar (GT) kapal yang wajib untuk memiliki Sijil Insurans BCC 2011 ialah semua kapal yang melebihi 1,000 GT. Sila rujuk kepada Notis Perkapalan Malaysia NPM 1/2009.
Terdapat dua jenis gadaian kapal yang pertama adalah “to secure principal sum and interest “ dan “to secure account current”. Permohonan untuk mendaftarkan gadaian kapal perlu menggunakan Borang 247/249/251 dan dokumen asal atau salinan diakui sah serta deed covenents. Fi yang dikenakan untuk proses ini adalah berpandukan kepada Jadual 13, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.