Rekod Sinopsis Berterusan

MAKLUMAT UMUM

Perkara ini adalah lanjutan kepada pindaan terhadap keperluan peraturan antarabangsa SOLAS untuk meningkatkan sekuriti maritime. Rekod Sinopsis Berterusan akan dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia di bawah kuasa Kerajaan Malaysia. RSB perlu disimpan di atas kapal dan boleh dirujuk pada setiap masa.

PERATURAN

Peraturan XI-1/5, SOLAS 1974, dengan pindaan telah memperincikan bahawa setiap kapal yang mematuhi keperluan SOLAS perlu menyimpan Rekod Sinopsis Berterusan di atas kapal bermula pada 1 Julai 2004. RSB adalah merupakan keperluan kepada semua kapal yang berdaftar di Malaysia dengan pengecualian seperti berikut :

  1. Kapal yang tidak beroperasi di laluan pelayaran antarabangsa
  2. Kapal kargo kurang daripada 500 GT
  3. Kapal yang tidak digerakkan oleh dorongan mekanikal
  4. Kapal layar / pesiaran yang tidak terlibat dalam perniagaan

Alamat Perhubungan

Unit Pendaftaran Kapal
Bahagian Kawalan Industri
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
Peti Surat 12, Jalan Limbungan
42007 Pelabuhan Kelang
Selangor, MALAYSIA
Tel : 603 - 3346 7741
Fax : 603 - 3168 4454

Jadual Yuran

Yuran untuk pengeluaran Rekod Sinopsis Berterusan adalah RM 345.00. Yuran yang dikenakan ini adalah menurut Peraturan The Merchant Shipping (Surveyors of Ships and Radio Surveyors)(Fees) yang berkuatkuasa.

Rujukan

Rujukan boleh dibuat kepada IMO Res. A959 (23), Resolusi MSC. 198(80), Notis Perkapalan Malaysia (NPM) 02/2008 dan Notis Maklumat dan Panduan Marin - NMPM 01/2008

Senarai Borang RSB

  1. Initial CSR Form Form 1
  2. CSR Amendment Form Form 2
  3. List of Amendments (updated by Master) Form 3

PERMOHONAN

Permohonan untuk RSB perlu dikemukakan kepada Pendaftar Besar Kapal-Kapal Malaysia di Unit Pendaftaran Kapal, Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia.

1. Permohonan RSB Kali Pertama

Sila sertakan salinan dokumen yang berikut :

  • Certificate of Classification
  • Document of Compliance
  • Safety Management Certificate
  • International Ship Security Certificate

2. Permohonan untuk Pindaan RSB

Sila sertakan salinan dokumen yang berikut :

  • Borang 2 (Borang Pindaan RSB) 
  • Borang berpandukan kepada maklumat RSB yang perlu dipinda
  • Pindaan Dokumen RSB 
  • Maklumat No. 7 - Document of Compliance / Safety Management Certificate
  • Maklumat No. 9 - Document of Compliance
  • Maklumat No. 10 - Document of Compliance / Safety Management Certificate
  • Maklumat No. 11 - Certificate of Classification
  • Maklumat No. 12 - Document of Compliance
  • Maklumat No. 13 - Safety Management Certificate
  • Maklumat No. 14 - International Ship Security Certificate
Untuk pindaan maklumat RSB perkara 4, 5 (Pelabuhan Daftar di Malaysia) dan 6, maklumat pendaftaran kapal perlu disemak di pejabat Pelabuhan Daftar yang berkenaan berpandukan kepada prosedur yang ditetapkan.

3. Permohonan RSB - Perpindahan masuk ke Bendera Malaysia

Sila sertakan salinan dokumen yang berikut :

  • Borang 2 (Borang Pindaan RSB)
  • RSB terakhir oleh pendaftaran terdahulu Flag State
  • JIka maklumat RSB yang lain (kecuali maklumat utk No. 4, 5 dan 6) yang perlu dipinda, adalah sepertimana perenggan 2(a)

4. Permohonan RSB - Penamatan Pendaftaran Kapal

Kapal perlu mempunyai Sijil Penamatan Pendaftaran Kapal yang dikeluarkan oleh Pendaftar Kapal - Kapal

Jabatan Laut akan menyemak maklumat yang dikemukakan, walau bagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab pemilik kapal untuk memastikan bahawa semua maklumat yang dinyatakan di dalam borang permohonan adalah tepat. Sebarang maklumat yang tidak tepat akan menyebabkan kelewatan dalam proses permohonan atau RSB yang dikeluarkan tidak tepat.