Profil

Profil

Sebelum tertubuhnya Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Laut terdiri daripada 3 buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan yang berbeza.

Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia di bawah Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia yang pertama iaitu YBhg. Dato' Kapten Haji Ahmad Bin Othman.

Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

Visi

Peneraju Sistem Pengangkutan Maritim.

Misi

Menetapkan Sistem Pengangkutan Maritim Berdasarkan Pembangunan dan Pemantauan Stadard Peringkat Nasional dan Antarabangsa.

Objektif

Pertumbuhan Maritim Kebangsaan Yang Berkualiti Melalui Pemerkasaan Sistem Pengangkutan Maritim Yang Selamat, Sistematik dan Perlindungan Persekitaran Marin.

MOTO

Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas

Fungsi-fungsi Utama

  1. Mengawal Selia Perkapalan, Pelabuhan, Pelaut Dan Keselamatan Pelayaran 

    Fungsi ini berdasarkan punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Konvensyen Antarabangsa. Untuk menjalankan fungsi ini, Jabatan berperanan
    untuk menggubal undang-undang, mendaftar kapal, memeriksa kapal, menverifikasi pelabuhan, institut latihan, syarikat perkapalan dan menjalankan
    siasatan kemalangan maritim, tumpahan minyak, pelanggaran sekuriti dan salah laku hal ehwal kebajikan pelaut.

  2. Pemberi PerkhidmatanSektor Perkapalan, Pelabuhan Dan Keselamatan Pelayaran 

    Fungsi ini berdasarkan punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Konvensyen Antarabangsa. Untuk menjalankan fungsi ini, Jabatan berperanan
    untuk mengukur kedalaman alur pelayaran, mengendali pergerakan kapal-kapal dan mengurus terminal penumpang, terminal kargo, alat bantuan pelayaran,
    wisma pelaut dan tabung-tabung amanah.

  3. Pembangunan Ekonomi Maritim 

    Fungsi ini berdasarkan punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Konvensyen Antarabangsa. Untuk menjalankan fungsi ini, Jabatan berperanan
    untuk membangunkan modal insan, pengembangan & pertumbuhan industri maritim serta pemantapan infrastruktur.

Aktiviti-aktiviti Utama

  1. Pendaftaran kapal dan perlesenan bot-bot; 
  2. Kawalselia undang-undang perkapalan; 
  3. Pemeriksaan keselamatan kapal; 
  4. Pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Bendera Negara & Kawalan Pelabuhan Negara; 
  5. Kawalselia Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa atau International Safety Management Code (ISM); 
  6. Menentusahkan Kod Keselamatan Kemudahan Pelabuhan dan Kapal Antarabangsa  atau International Ship and Port Facility Security ( ISPS ) Code; 
  7. Penyiasatan kemalangan kapal; 
  8. Keselamatan maritim dan pemeriksaan kapal; 
  9. Latihan dan peperiksaan; 
  10. Mencegah dan mengawal pencemaran marin; 
  11. Pengurusan alat-alat bantuan pelayaran; 
  12. Melaksanakan dan memantau pelaksanaan konvensyen antarabangsa.