Piagam Pelanggan

Kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua masyarakat perkapalan bagi mempertingkatkan keselamatan Sistem Perhubungan Laut. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :-

Peperiksaan

Mengadakan peperiksaan Perakuan Kekompetenan sekurang-kurangnya 6 kali setahun bagi setiap gred.

Perakuan

Meluluskan perakuan kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Kelayakan

Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.

Pengiktirafan

Mengeluarkan Perakuan Pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

Sijil Dokumen Kepatuhan

Melaksanakan pengeluaran Sijil Interim Dokumen Kepatuhan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang berkaitan;

Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan Sijil Dokumen Kepatuhan (DOC) dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup;

Melaksanakan proses pengauditan ke atas syarikat pengurus kapal mengikut Sistem Pengurusan Kapal yang digunapakai dalam tempoh masa tiga (3) bulan mulai tarikh permohonan audit yang diluluskan sehingga ketakuran terakhir ditutup sepenuhnya;

Melaksanakan pengeluaran sijil DOC Pindaan Baharu dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Pernyataan Kepatuhan

Melaksanakan pengeluaran baru, pengendorsan dan Pembaharuan Pernyataan Kepatuhan Statement Of Compliance (SOC) dalam masa 3 hari dari tarikh memo Pengarah BKIM;

Pengeluaran Sijil Kapal

Memproses dan mengeluarkan sijil dalam tempoh 6 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima;

Memproses dan meluluskan permohonan perlanjutan atau pengecualian sijil dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

Rumah Api

Memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99%;

Tandarah Suar

Memastikan ketersediaan tandarah suar sekurang-kurangnya 98%;

Pelampung Pandu Berlampu

Memastikan ketersediaan pelampung pandu berlampu sekurang-kurangnya 97%.

Pendaftaran Kapal

Memproses dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Kapal dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.