Institut Latihan dan Pengangkutan Laut

Objektif

  • Menyediakan kursus dan latihan yang berkualiti serta menepati keperluan semua perjawatan Jabatan Laut Malaysia ke arah perkhidmatan yang berprestasi tinggi.

  • Menyediakan prasarana kursus dan latihan yang lengkap, selesa, memenuhi standard serta keperluan jabatan dan industri pengangkutan laut.

  • Menyediakan kemudahan, latihan dan ruang untuk pihak industri dan lain-lain agensi kerajaan berkongsi kepakaran dalam memajukan industri pengangkutan laut negara.

  • Menjalinkan kerjasama dengan institusi dalam dan luar negara dari segi latihan dalam industri pengangkutan laut.

Fungsi

  • Merangka, melaksana dan menguruskan latihan dan kursus Generik dan Fungsional yang berkaitan bagi memenuhi keperluan Jabatan dan Industri dalam dan luar Negara.

  • Merangka dan menyediakan silibus serta modul terperinci, mengenal pasti pakar dalam bidang silibus berkenaan serta memastikan kepaiwaian program kursus mengikut kepatuhan dan akreditasi yang berkaitan.

  • Melaksanakan penganjuran kursus-kursus dibawah aspirasi Malaysia Training Center (MTC).

  • Menyelaras dan melaksanakan kerjasama serta program-program dibawah (MOU) Penyelidikan dengan IPT (Awam/Swasta/Luar Negara).

Aktiviti

  • Penyediaan kalendar tahunan program, kursus dan latihan yang ditawarkan.

  • Mewujudkan koordinasi dengan institut-institut kelautan dalam dan luar negara bagi meningkatkan produktiviti program, latihan dan kursus yang dikendalikan.

  • Merangka, menyedia dan menyelaras latihan pembangunan berkaitan perundangan antarabangsa yang berhubungkait dengan latihan seperti Safety of Life At Sea (SOLAS), Marine Pollution (MARPOL), Standard of Training Certification and Watchkeeping (STCW), International Assocoation of Light House Authority (IALA) dan sebagainya.

  • Menyelaras dan menguruskan program pembangunan kerjaya pelaut antaranya kursus Mate Domestik Terhad, COC refresher Course, food Handling dan Catering on board.

  • Melaksanakan Training Need Analysis (TNA) bagi kursus dan latihan yang telah dijalankan.

  • Pengurusan permohonan tajaan dan bantuan dari dalam dan luar negara (IMO Integrated Technical Cooperation Programme (ITCP), ASEAN Strategic Partnership dan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP).