Dasar Kualiti

Dasar Kualiti Jabatan Laut

Jabatan Laut Malaysia bertekad untuk membangun dan melaksana sistem-sistem Keselamatan Pelayaran, Keselamatan Kapal, Pengurusan Pelaut, Sekuriti Kemudahan Pelabuhan dan Pengendalian Latihan Kelautan supaya perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan lebih berkualiti dan memuaskan serta menepati piawaian antarabangsa dan undang-undang negara.

Objektif Kualiti

Dalam pelaksanaan dasar kualiti tersebut ianya menekankan terhadap memenuhi semua keperluan-keperluan pihak berkepentingan serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam keberkesanan sistem pengurusan kualiti Jabatan Laut.

Jabatan Laut Malaysia menetapkan objektif-objektif kualiti yang bersesuaian dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Objektif-objektif tersebut ditetapkan dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan.

Bahagian Pendaftaran Kapal (BPK)

  • Memproses dan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Kapal dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

Bahagian Kawalan Industri Maritim (BKIM)

  • Mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya 6 kali setahun bagi setiap gred.

  • Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.

  • Meluluskan perakuan kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

  • Mengeluarkan perakuan pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

  • Melaksanakan pengeluaran sijil Interim Dokumen Kepatuhan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang berkaitan.

  • Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan sijil Dokumen Kepatuhan (DOC) dalam masa 7 hari dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup.

  • Melaksanakan proses pengauditan ke atas syarikat pengurus kapal mengikut Sistem Pengurusan Kapal yang digunapakai dalam tempoh masa tiga (3) bulan mulai tarikh permohonan audit yang diluluskan sehingga ketakuran terakhir ditutup sepenuhnya.

  • Melaksanakan pengeluaran sijil DOC Pindaan Baharu dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

  • Memproses dan mengeluarkan sijil dalam tempoh 6 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

  • Memproses dan meluluskan permohonan perlanjutan atau pengecualian sijil dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

  • Melaksanakan pengeluaran baru, pengendorsan dan Pembaharuan Pernyataan Kepatuhan Statement Of Compliance (SOC) dalam masa 3 hari dari tarikh memo Ketua Penolong Pengarah.

Bahagian Pengurusan Trafik Dan Bantuan Pelayaran (BPTBP)

Memastikan keberkesanan alat bantuan pelayaran iaitu "availability/reliability" mencapai tahap mengikut panduan International Association of Lighthouse Authorities (IALA) seperti yang dinyatakan di bawah ini:

  • Kategori 1 – Rumah api. Ketersediaan sekurang-kurangnya 99%.

  • Kategori 2 – Tandarah suar. Ketersediaan sekurang-kurangnya 98%.

  • Kategori 3 – Pelampung pandu berlampu. Ketersediaan sekurang-kurangnya 97%.

Bahagian Operasi Maritim (BOM)

  • Memastikan kerja-kerja ukur hidrografi dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 4 tahun.

Institut Latihan Pengurusan Laut (ILPL)

  • Melaksanakan kursus perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

  • Melaksanakan kursus kecekapan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

  • Melaksanakan kursus "IALA Model" sekurang-kurangnya 1 kali setahun.

  • Memaklumkan keputusan peperiksaan kepada peserta dalam masa 45 hari selepas tamat kursus.