Bahagian Pengurusan Trafik & Bantuan Pelayaran

Objektif

Mengurus pelaksanaan aktiviti berkaitan operasi perkhidmatan trafik maritim, alat bantuan pelayaran marin dan kawalan tumpahan minyak serta bahan-bahan berbahaya dari kapal berpandukan kepada undang-undang, kaedah serta piawaian di peringkat nasional dan antarabangsa ke arah pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti.

Fungsi

  • Merancang, melaksana, mengawalselia, memantau dan tadbir urus sistem pelaporan kapal mandatori
    (STRAITREP), Vessel Traffic Services (VTS), sistem pengesanan dan pengenalan automatik antarabangsa,
    Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS) dan Notis Pelaut.

  • Merancang, mengurus dan mengawalselia piawaian, pembinaan, operasi, pembaikan, penyenggaraan dan pemantauan alat bantuan pelayaran marin.

  • Merancang, mengurus, menyelaras, menyelia dan melaksana operasi berkaitan kawalan tumpahan minyak dan bahan-bahan berbahaya Hazardous Noxious Substances(HNS) dari kapal.

Aktiviti

  • Melaksanakan operasi Sistem Pelaporan Kapal Mandatori Dalam Selat Melaka dan Singapura (STRAITREP), Automated Identification System (AIS), Long Range Identification and Tracking (LRIT), Global Maritime Distress and Safety System (GMDSS), Navigational Telex (NAVTEX) dan pengeluaran Notis Pelaut.

  • Melaksanakan perkhidmatan trafik kapal Vessel Traffic Services (VTS) bagi pantai dan pelabuhan.

  • Memantau pematuhan kapal-kapal terhadap Skim Pemisah Trafik (TSS) dalam perairan Selat Melaka.

  • Menguruskan pembinaan, operasi, penyenggaraan, pembaikan dan pemantauan alat bantuan pelayaran marin.

  • Memperaku piawaian pembinaan dan spesifikasi teknikal alat bantuan pelayaran marin.

  • Melaksana dan menyelaras operasi kawalan dan pembersihan tumpahan minyak dari kapal pada peringkat Tier 2 dan Tier 3 serta bahan berbahaya Hazardous Noxious Substances (HNS).