Bahagian Pelabuhan, Logistik & Perdagangan

Objektif

Memacu pertumbuhan maritim kebangsaan dalam bidang pelabuhan, logistik dan perdagangan. melalui pemerkasaan sistem pengangkutan maritim yang selamat dan sistematik.

Fungsi

  • Merangka, menggubal dan menambahbaik undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu
    dan sedia ada berkaitan dengan pelabuhan, logistik dan perdagangan.

  • Merancang, menyelaras, dan mengawal selia pembangunan, pengurusan, dan pelaksanaan serta kerjasama dan
    kesinambungan hubungan dua hala aktiviti maritim berkaitan pelabuhan, logistik, dan perdagangan.

  • Urusetia, Jawantankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Tetap (One Stop Centre) serta memacu mesyuarat-
    mesyuarat perundingan berkaitan dengan pelabuhan, logistik, dan perdagangan di peringkat Nasional dan
    Antarabangsa.

Aktiviti

  • Menyediakan undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu di peringkat Nasional
    berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterimapakai.

  • Mengemaskini, menganalisis dan menambahnilai undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang
    sedia ada diperingkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterimapakai. 

  • Menyediakan dasar/pelan pembangunan, pengurusan, dan pelaksanaan aktiviti maritim berkaitan pelabuhan,
    logistik, dan perdagangan.

  • Menganalisa dan mengawalselia serta memantau operasi perkhidmatan berkaitan skop pelabuhan, logistik dan
    perdagangan.

  • Merancang, merangka, dan meninjau hubungan dua hala dalam bidang pelabuhan, logistik, dan perdagangan.