Bahagian Operasi Maritim

Objektif

Memastikan aktiviti pengerukan, survey hidrografi, pengurusan wrek, perkhidmatan pelabuhan dan pengurusan fleet Jabatan
Laut Malaysia dapat berfungsi seperti mana yang digariskan didalam peraturan nasional dan antarabangsa.

Fungsi

  • Merancang, Mengurus dan Menyelia aktiviti Pengerukan, Hidrografi, & Pengurusan Wrek.

  • Merancang, Menganalisa dan membantu pengurusan Perkhidmatan Pelabuhan.

  • Sebagai One Stop Centre untuk merekod, menyelaras dan membantu Pengurusan Fleet kapal/bot wilayah.

Aktiviti

  • Menyelia aktiviti salvej dan pengurusan peranan Receiver of Wreck.

  • Mengurus, merancang, menyelia dan melaksanakan aktiviti berkaitan hidrografi, Pengerukan Laut dan
    pelombongan pasir serta Sea-Mining.

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pemeriksaan Port State Control dan Flag State Control.

  • Menyelaras dan memantau aktiviti/operasi barter trade di pelabuhan Malaysia.

  • Menyelia dan memantau pelaksanaan sistem ketibaan dan pelepasan kapal secara atas talian (online ship
    clearance system).

  • Pengurusan permohonan kemasukan kapal Democratic People's Republic of Korea (DPRK) dan kebenaran kapal
    tentera asing/Pengawal pantai asing ke kemudahan Pelabuhan di Malaysia.

  • Memperaku kelulusan prosedur persampelan, ujian dan kawalan kandungan lembapan kargo pukal pejal yang
    boleh cair bagi kepatuhan terhadap International Maritime Solid Bulk Cargo Code (IMSBC Code).

  • Menyelaras dan mengurus isu-isu perundangan serta penawaran kompaun untuk kesalahan di bawah Ordinan
    Perkapalan Saudagar 1952.

  • Menyelaras, menganalisis, melaksana, membantu dan menguruskan siasatan sekuriti kapal-kapal pendaftaran
    Malaysia di luar Negara dan terhadap lembaga pelabuhan, operator pelabuhan, pelantar minyak atau unit
    penyimpanan terapung (floating storage unit).

  • Menyelaras, menganalisis, melaksana, membantu dan menguruskan siasatan kemalangan yang berkaitan hal
    ehwal keselamatan kapal di dalam Malaysia dan mana-mana kapal pendaftaran Malaysia di luar Negara.