Bahagian Keselamatan, Sekuriti & Alam Sekitar

Objektif

Merancang, menganalisis, memperakui dan memberi khidmat nasihat Sistem Pengangkutan Maritim yang memfokuskan kepada aktiviti keselamatan, sekuriti dan alam sekitar marin berdasarkan kepada perundangan Nasional dan Antarabangsa.

Fungsi

Menyedia dan menggubal undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu dan sedia ada di peringkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterimapakai.

Aktiviti

  • Menyedia dan menggubal undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan yang baharu di peringkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterimapakai.

  • Menganalisis, mengemaskini, dan menambahnilai undang-undang, peraturan, kaedah dan garis panduan sedia ada di peringkat Nasional berdasarkan kepada perundangan Antarabangsa yang diterimapakai.

  • Meneraju, menyelaras dan memudahcara Task Force Committee berhubung perbincangan Konvensyen Antarabangsa dan ratifikasi serta penerimaan di peringkat Nasional;

  • Merangka dan mengelola konsultansi dan kajian impak bersama pihak berkepentingan untuk mengukur maklumbalas dari pemain industri merangkumi kesan atau impak ke atas modal dan kos operasi;

  • Memantau, menyelaras, memperakui dan mengurus hal-ehwal perhubungan Sistem Pengangkutan Maritim.