Piagam Pelanggan

Kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua masyarakat perkapalan bagi mempertingkatkan keselamatan Sistem Perhubungan Laut. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :-

Peperiksaan

Mengadakan Peperiksaan Perakuan Kekompetenan sekurang-kurangnya enam kali setahun bagi setiap bahagian;

Perakuan

Mengeluarkan Perakuan Kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;

Kelayakan

Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

Pengiktirafan

Mengeluarkan Perakuan Pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

Sijil Modular

Memproses pengeluaran Sijil Modular dalam masa 7 hari bekerja selepas tamat kursus;

Sijil Interim Dokumen Kepatuhan

Melaksanakan pengeluaran Sijil Interim Dokumen Kepatuhan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh semakan dokumen disempurnakan;

Sijil Dokumen Kepatuhan

Melaksanakan pengeluaran dan pengendorsan Sijil Dokumen Kepatuhan (DOC) dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh ketakakuran terakhir ditutup;

Penyemakan

Menjalankan penyemakan dokumen/pengauditan di bawah Sistem Pengurusan Keselamatan (SPK) dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;

Rumah Api

Memastikan ketersediaan rumah api sekurang-kurangnya 99%;

Tandarah Suar

Memastikan ketersediaan tandarah suar sekurang-kurangnya 98%;

Pelampung Pandu Berlampu

Memastikan ketersediaan pelampung pandu berlampu sekurang-kurangnya 97%.