Dasar Kualiti

Dasar Kualiti Jabatan Laut

Jabatan Laut Malaysia bertekad untuk membangun dan melaksana sistem-sistem Keselamatan Pelayaran, Keselamatan Kapal, Pengurusan Pelaut, Sekuriti Kemudahan Pelabuhan dan Pengendalian Latihan Kelautan supaya perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan lebih berkualiti dan memuaskan serta menepati piawaian antarabangsa dan undang-undang negara.

Objektif Kualiti

Dalam pelaksanaan dasar kualiti tersebut ianya menekankan terhadap memenuhi semua keperluan-keperluan pihak berkepentingan serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam keberkesanan sistem pengurusan kualiti Jabatan Laut.

Jabatan Laut Malaysia menetapkan objektif-objektif kualiti yang bersesuaian dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2008. Objektif-objektif tersebut ditetapkan dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan.

Sistem Perakuan Pelaut

  • Mengadakan peperiksaan perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya 6 kali setahun bagi setiap gred.
  • Menentukan kelayakan menduduki peperiksaan dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan diterima.
  • Mengeluarkan perakuan kekompetenan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Mengeluarkan perakuan pengiktirafan dalam masa 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Sistem Pemaliman

Memastikan keberkesanan alat bantuan pelayaran iaitu "availability/reliability" mencapai tahap mengikut panduan International Association of Lighthouse Authorities (IALA) seperti yang dinyatakan di bawah ini:

  • Kategori 1 - Rumah api. Ketersediaan sekurang-kurangnya 99%.
  • Kategori 2 - Tandarah suar. Ketersediaan sekurang-kurangnya 98%.
  • Kategori 3- Pelampung pandu berlampu. Ketersediaan sekurang-kurangnya 97%.

Sistem Keselamatan Alur Pelayaran

  • Memastikan kerja-kerja ukur hidrografi dijalankan mengikut jadual.
  • Memastikan kerja-kerja pengerukan dijalankan mengikut justifikasi jadual dan peruntukan kewangan yang diluluskan.

Sistem Pemeriksaan Kapal dan Pengeluaran Sijil

  • Memproses dan mengeluarkan sijil dalam tempoh 6 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  • Memproses dan meluluskan permohonan pelanjutan atau pengecualian sijil dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

Sistem Pengurusan Pernyataan Kepatuhan (Statement Of Compliance, SOC) Kod ISPS

  • Melaksanakan pengeluaran baru, pengendorsan dan Pembaharuan Pernyataan Kepatuhan Statement Of Compliance (SOC) dalam masa 3 hari dari tarikh memo Ketua Penolong pengarah.