Pelaut Dan Pelabuhan

Permohonan penubuhan institusi latihan permohonan boleh merujuk pada NMPM 1/99.

Institusi latihan maritim yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut dibawah perlaksanaan konvensyen STCW 95 adalah seperti yang tersenarai didalam laman web ini iaitudibahagian /Perkhidmatan/Pelaut dan Pelabuhan. Anda bolehlah terus menghubungi institusi latihan berkenaan bagi tujuan kursus.

Anda boleh membuat pemeriksaan perubatan di mana-mana panel klinik yang telah diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia. Senarai klinik yang terdekat dengan anda boleh dirujuk di dalamsenarai berikut (klik disini).

Pemohon hendaklah mengisi permohonan secara atas talian (SDPX) dengan lengkap dan menghantar terus kepada Ibu Pejabat Laut Malaysia dengan menyertakan salinan dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:

  • Satu (1) gambar warna saiz kad pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Sijil kelulusan kedoktoran
  • Sijil MMC
  • Sijil diploma/Ijazah dalam Occupational Health/ Medicine atau Sijil kursus pengenalan bidangkerja maritim.

Anda boleh merujuk kepada NMPM 11/1999 & NMPM 17/1999 di laman web www.marine.gov.my untuk maklumat lanjut.

Semakan tarikh peperiksaan terkini bagi bahagian dek dan injin boleh didapati di laman web www.marine.gov.my dibawah Nota Maklumat dan Panduan Marin (NMPM) atau melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPX).

Bayaran bagi setiap permohonan adalah mengikut jenis permohonan seperti berikut 

  • Permohonan baru : RM 600.00
  • Permohonan Pembaharuan : RM 600.00
  • Rosak/Hilang : RM 600.00

Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos, Kiriman Wang, atau Bank Draf atas nama Pengarah Wilayah berkenaan.

Sijil Perakuan Pengiktirafan akan diproses dalam masa 3 bulan berdasarkan tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

Perakuan Pengiktirafan boleh dikeluarkan kepada pelaut tempatan dan pelaut asing yang berkhidmat di atas kapal Malaysia yang memiliki Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Negara luar yang menandatangani MOU dengan Malaysia (klik disini).

Tempoh sahlaku Perakuan Pengiktirafan (COR) tidak lebih dari 1 tahun, jika sekiranya tempoh sah laku Perakuan Kekompetenan (COC) kurang dari 1 tahun, maka tempoh sah laku COR adalah mengikut tarikh tamat sah laku COC tersebut. Tempoh sah laku COC semasa permohonan COR dibuat hendaklah tidak kurang daripada enam (6) bulan bagi membolehkan COR diproses.

Garispanduan bagi Permohonan Dokumen atau Perakuan Keanggotaan Selamat dijelaskan dengan terperinci melalui notis NPM7/2009 dan NPM29/2011.

Bayaran akan dikenakan setelah permohonan diluluskan dan dokumen tersebut hanya akan diserahkan kepada pemohon setelah menjelaskan pembayaran. Jumlah yang perlu dibayar adalah bergantung pada jenis permohonan seperti yang dinyatakan dalam NMPM6/2010.

Permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat akan diproses dalam tempoh satu (1) bulan berdasarkan tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

Sebuah kapal boleh memiliki lebih dari satu Dokumen/Perakuan Keanggotaan Selamat bergantung pada satu-satu jenis pelayaran iaitu 'Domestik, Pesisir Pantai atau Tanpa Had'. Keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi adalah seperti yang digariskan dalam NPM7/2009.

Tempoh sahlaku Dokumen/Perakuan Keanggotaan Selamat adalah selama lima tahun.

Seperti sedia maklum tempoh peralihan kuatkuasa STCW 78 (pindaan 2010) adalah selama 5 tahun bermula 1 jan 2012.Semua institusi yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia akan menguna pakai semua kehendak yang disyaratkan didalam STCW dan seterusnya semua kursus-kursus baru akan dijalankan bermula pertengahan 2014. Electrical Technical Officer masih didalam pembinaan module dan kursus tersebut akan ditawarkan pada pertengahan 2014.

Bagi pelaut yang telah sedia ada dan berkhidmat sebagai jurutera electrik diatas kapal ,pihak Jabatan Laut Malaysia akan menjalankan penilaian (oral examination) sebelum mengeluarkan sijil perakuan kekompetenan (ETO). Mohon tuan dapat mendapatkan maklumat dari masa ke semasa berkenaan notis JLM didalam website http://www.marine.gov.my/jlm/index.asp

Anda boleh membuat permohononan biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) untuk meningkatkan perakuan kekompetenan dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun pada laman web Jabatan Laut Malaysia www.marine.gov.my pada Nota Panduan Marin (NMPM) 1/2013)

Permohonan bantuan khairat kematian boleh dibuat dengan merujuk Nota Panduan Marin 2/2013 dalam tempoh 3 bulan selepas kematian.

Anda perlu menjalankan pemeriksaan perubatan di klinik panel yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia dan membuat permohonan secara atas talian melalui sistem Dokumen Pelaut (SDPx) dan boleh di akses melalui http://www.marine.gov.my/jlm/index.asp.

Kadar bayaran yang dikenakan untuk kad pelaut adalah seperti berikut:

  • Tempatan RM50.00
  • Asing RM 100.00
  • Kerajaan RM5.00